Thursday, July 23, 2009

Najib Altantuya vs Nizar: Nik Aziz, Anwar sertai demo anti-ISA


Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan turut serta dalam himpunan besar-besaran mendesak kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1 Ogos ini.

Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh berkata perhimpunan itu juga turut disertai pimpinan atasan Pakatan Rakyat, termasuk Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pemimpin lebih 83 NGO dalam gabungan tersebut.

Beliau mengumumkan demikian dalam satu sidang media selepas menyerahkan surat pemakluman kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung hasrat GMI menyerahkan "deklarasi rakyat" pada tarikh tersebut.

Surat tersebut diserahkan kepada pegawai perhubungan awam Istana Negara, Mohd Khairi Abdul Rahman di pondok pengawal, kira-kira jam 11.50 pagi.

Dalam salinan surat itu, yang diedarkan kepada media, GMI berhujah ISA perlu dimansuhkan kerana mencabuli hak-hak asasi sesuai dengan syor Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

Ia juga memaklumkan "deklarasi rakyat" kepada Yang di-Pertuan Agong akan diserahkan oleh sekumpulan pemimpin yang disertai perhimpunan besar orang ramai yang bersama Pakatan Rakyat dan 83 NGO bawah GMI.

Syed Ibrahim diiringi Setiausaha Pemuda PAS Kamaruzzaman Mohamad.

Demonstrasi anjuran GMI bakal bertembung dengan ribuan pendukung akta kontroversi itu pada waktu dan tarikh tersebut.

Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) bersama lebih 10 NGO Melayu merancang perhimpunan bertemakan "1Malaysia, Selamatkan Malaysia, Kekalkan ISA dan Pertahankan Hak Keistimewaan Orang Melayu" di tiga lokasi di tengah Kuala Lumpur mulai 11 pagi sebelum bergerak ke Dataran Merdeka pada 1 tengah hari.

Mereka kemudian akan menurunkan tandatangan di atas kain rentang gergasi sepanjang 200 kaki di dataran tersebut sebelum berarak ke Istana Negara.

GMI, yang didukung parti pembangkang utama dan NGO hak asasi, memilih tiga lokasi perhimpunan mulai 2 petang - kompleks membeli-belah Sogo, Masjid Jamek dan KL Sentral – sebelum menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Mereka mengarahkan semua penentang ISA berpakaian merah dan hitam sebagai simbol bantahan, sementara pendukung akta itu pula merancang berpakaian putih.

Menurut Syed Ibrahim lagi, walaupun beliau menghormati hak NGO Melayu itu untuk berhimpun, tetapi mempersoalkan hasrat mereka untuk membuat perarakan pada tarikh yang sama.

"Mengapa mereka merancang pada waktu dan tempat yang lebih kurang sama dan menuju ke istana? Kalau boleh, elaklah. Harap tidak timbul masalah," katanya dalam sidang media itu.

Beliau menjelaskan, GMI cuba mendapatkan permit polis dalam masa yang terdekat bagi memaklumkan perhimpunan yang mereka akan adakan.

"Sekiranya tidak dapat permit, kita berhasrat untuk meneruskan perhimpunan ini, kerana kita sudah menguar-uarkan kepada rakyat lebih awal, bahawa ini adalah perhimpunan aman, bukan usaha yang tiba-tiba," katanya.

GMI juga telah berbincang dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jumaat lalu, meminta agar polis dapat memberi kerjasama kepada mereka semasa perhimpunan tersebut.
Info: http://www.malaysiakini.com/

MyKampungku

2 comments:

org memali said...

kalau dah biasa berpiket , susah nak cakap la . Pemimpin2 ini meletakan diri mereka setaraf dgn pimpinan jalanan yg lain . org begini agak sukar menjadi pemimpin yg bijak atau dapat pergi keperingkat antarabangsa cuma sekadar jaguh kampung . Mana2 pemimpin jalanan adalah tidak sukar untuk diramal tindaktanduk mereka , karier mereka juga akan mudah terkubur

Unknown said...

org memali sepatut nya lebeh objekt
ef, berjuang menentang kezaliman di
anggap jaguh kampung .kalau membisu
terhadap kezaliman apa pula pendapa
t org memali? apa yg saya tahu menentang kazaliman adalah wajib/ji
had.kalau mati dlm penentangan itu
di anggap shahid.persoalan nya apak
ah isa itu adil atau zalim? jawapan nya terserahlah kpd ulama2 yg menentukan. harap maaf kalau tersinggung,,,

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost