Thursday, July 2, 2009

Nizar Manek Urai: Pakatan Rakyat Bubar !!!


Isu DAP Kedah keluar dari Pakatan Rakyat, telah membuat pemimpin UMNO/BN macam nak gila untuk mengulas isu tersebut seolah-olah Pakatan Rakyat telah di BUBARkan.Dalam Buletin Utama sebentar tadi, sebilangan mereka telah mengambil kesempatan untuk menghentam Pakatan Rakyat.Sharizat menganggap PR seumpama nikah mutaah atau kawin kontrak,Zahid pula kata PR seperti tahi gajah yang pada bila-bila masa meletup mengeluarkan bau busuknya.Ong Tee Kiat sambil senyum menyindir bahawa kemelut dalam PR bukan berlaku di Kedah saja tapi ianya berlaku juga di Pulau Pinang dan Selangor.

Nah !!! inikah yang kita sebagai penyokong PR mahukan? Sebelum tercetusnya isu ini,PR baru saja berada dalam posisi menyerang setelah sekian lama bertahan dari serangan UMNO/BN dan sekarang PR terpaksa bertahan untuk menghadapi serangan balas dari BN.

Percanggahan pendapat terbukti amat ketara dikalangan pemimpin PR.Anwar cakap tak berlaku,Lim Kit Siang pula kata tunggu dulu,Lim Guan Eng kata PAS tak ada rasa hormat kepada DAP Kedah(Baca di sini).ADUN DAP Kedah pula menuduh Menteri Besar SOMBONG.

Kenapa semua bercelaru.Thomas Su sepatutnya bertanya dulu kepada pemimpin DAP pusat kenapa dia terus saja buat pengumuman pada media.Kalau macam nilah cara PR mengurus krisis dalaman PR,maka tak mustahil penyokong hilang keyakinan terhadap Pakatan Rakyat.



MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost