Babi… ketawa dia, weh!!! Ketawakan siapa, ya???
Kesian teman pada haiwan bernama babi. Semenjak dua menjak ni asyik kena hina…. kena maki…. dipersenda dan macam-macam lagi. Kemelut yang melanda negeri Kedah kini, ada kaitan dengan babi…. iaitu tempat penyembelihan babi yang dirobohkan oleh MBAS. Konon nyer setelah sebulan notis dikeluarkan….. orang-orang yang terlibat dengan tempat tersebut masih enggan berganjak. Lantas… ia diroboh. Lepas itu kecoh…. riuh rendah…..
Akibat nyer, timbul pergeseran antara PAS dan DAP. Kedua-dua pihak, saling menegakkan benang basah masing-masing dengan alasan itu ini. Dari segi politik…. yang menjadi mangsa ialah Pakatan Rakyat. Kerana isu yang remeh…. ikatan yang sudah terjalin erat, ingin dirungkai dan mungkin akan terburai…. Itu yang hangpa mau???
Why don’t both sides shut up and think??? Pikir…. pikir…. jangan ikut perasaan, jangan ikut ego. Tak der paedah nyer!!! Benda ini, boleh diselesaikan sekira nyer, PAS lebih prihatin dan bertimbang rasa pada kehendak dan keperluan kaum-bukan Islam dan DAP pulak lebih rasional dalam permintaan dan tindakan mereka. Jangan bertindak gopoh. Masing-masing… jangan nak tunjuk, kepala siapa yang lebih keras, dan kepala siapa lebih besar…..
Stay coooool, ler yop!!! Kenapa tidak, duduk bersama dan bawak berbincang secara rasional tanpa ada perasaan emotional. Jangan tuduh menuduh dan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang boleh memburukkan lagi keadaan. Benda-benda remeh temeh ni…. kadang-kadang sensitif jugak…. sebab tu kena diselesaikan cepat. Jangan biorkan ia merebak sehingga jadi barah pulak. Kalor udah jadi barah…. parah ler. Susah…. susah….. Macam mana cara nak selesai, komer pikior ler sendiri. Pihak-pihak lain tu…. jangan jadi batu api. Jangan simbah pulak minyak pada api yang mula nak nyala. Apa paedah komer dapat…
Komer tau tak…. yang UBN sedang sakan bertepuk tangan nengok kelaku komer!!! Puak-puak puaka tu…. nengok negeri Kedah bercekor, mengekek demer. Nengok negeri Perak bercempera… bersorak demer…. Usah bagi puak-puak puaka tu, the pleasure mentertawakan kita. Kita patut nyer bagi demer sakit jiwa bukan bagi demer pleasure, weh….
Cer komer tengok gelagat sorang malaun, puak UBN di Kedah…. Ada pulak dia menyarankan agar ditubuhkan kerajaan perpaduan PKR-DAP-BN. Ater…. PAS nak dicampakkan begitu sajer!!! Komer tengok ler perangai buruk UBN….. sebab itu Tok Guru Nik Aziz doesn’t want to have anything to do with UMNO what so ever…. Mungkin musibah yang melanda negeri Kedah ni, ada hikmah nyer. Mungkin Allah nak tunjuk kepada kita kebenaran kata-kata Tok Guru dan kita dapat lihat sendiri, contoh…..bertapa busuk nyer hati perut UBN. Itu sebab, kerajaan perpaduan amat digilai sesangat oleh UMNO, merepek jer. Buang masa dan hanya nak mengena kita jer… Tawor jer madu kita, habis diluah demer…. Usah percaya ler!!
Bagi penagih-penagih UMNO yang dok ada dalam PAS ni, baik hangpa buang terus idea dan kempunan hangpa nak berbincang dengan puak-puak puaka ni. Buat orang marah kat hangpa jer dan buat diri hangpa nampak tak cerdik, jer. Apa yang hangpa nak harap pada depa….. nak berdebat berdepan dalam terang, depa takut…. nak berbincang dalam terang, depa kecut….. Puak-puak yang suka main dalam gelap ni bahaya….. banyak muslihat nyer. Hangpa jangan terpedaya…. Buaya-buaya ini sentiasa ternganga nak ‘ngap’ hangpa!!! Hati-hati ler…..
Jangan sampai, depa kenyang…. kita terlopong dan gigit jari. Sebab tu, peluang yang Allah SWT dah beri ini, kita jangan persiakan. Takut pulak nanti….. kerana keangkuhan kita, Allah SWT, tarik balik nikmat yang telah diberi untuk kita kecapi dan we will back to square one!!! Haru nanti weh…… Petikan Dari: perakexpress.com
0 comments:
Post a Comment