1 Ogos adalah hari yang sangat penting bagi perjuangan demokrasi di Negara ini. Sejak Negara ini Merdeka ujud dua kelompok didalam Negara ini. Satu kelompok adalah tenaga konserbatif yang berkuasa. Dan satu lagi tenaga yang berjuang untuk demokrasi.
Tenaga yang berkuasa mempunyai segala-galanya. Mereka ada kuasa politik, mereka boleh memperalatkan polis dan badan-badan Kerajaan serta menguasai Mahkamah. Lebih penting, mereka berkuasa keatas Parlimen dan bbleh meluluskan sebarang undang-undang untuk memperkukuh dan mempertahankan kuasa mereka.
Mangsa kepada mereka adalah golongan pro-demokrasi. Golongan pro-demokrasi ini menuntut hak bersuara, hak berkumpul, hak bergerak dan mereka juga menuntut pemerintahan yang telus dan berintegriti, mereka menuntut badan kehakiman, badan kepolisian, dan institusi kerajaan yang bebas.
Secara ringkasnya mereka menuntut supaya demokrasi ditakhtakan di Negara ini. Sehingga kini golongan pro-demokrasi ini belum berjaya.
Walaupun Negara ini dikatakan mengamalkan sistem demokrasi berparlimen, tetapi demokrasi yang dijalankan di Negara ini sangat terbatas dan memihak hanya kepada golongan yang bekuasa sahaja.
Disesebuah Negara demokrasi itu, ada kebebasan tertentu yang boleh diabadikan oleh rakyat tanpa mengira samada mereka itu dari golongan parti yang memerintah atau parti yang menjadi pembangkang.
Diantara kebebasan itu ialah hak bersuara, hak berorganisasi, hak berhimpun dan hak bergerak.
Di Negara ini, Parti yang memerintah berhak kepada media samada yang berbentuk tulisan atau elektronik, permit penyiaran adalah hak mereka dan mereka bebas menggunakan hak ini.
Permit polis adalah diperlukan untuk mengadakan ceramah, berkumpul dan berhimpun. Pihak Polis menggunakan sewenang kuasanya tidak membenarkan permit untuk parti-parti pembangkang, manakala mereka bukan sahaja membenarkan sebarang perjumpaan yang diadakan oleh parti yang memerintah tanpa keperluan permit, bahkan mereka membantu perjumpaan-perjumpaan parti pemerintah itu seolah-olah Polis adalah sebahagian daripada parti yang memerintah itu.
Dari berbatu-batu lagi pihak Polis menyelaraskan perjalanan trafik untuk memudahkan manusia menghadiri perjumpaan-perjumpaan yang dijalankan oleh parti-parti pemerintah, tetapi jika perjumpaan-perjumpaan itu dianjurkan oleh Pembangkang, maka dari berbatu-batu lagi sekatan-sekatan jalanraya dibuat supaya orang ramai tidak dapat menghadiri perjumpaan-perjumpaan itu.
Kisah Parti Pembangkang yang ingin mendaftarkan pertubuhannya mengambil masa berpuluh tahun untuk kelulusan adalah perkara biasa jika badan itu adalah badan pembangkang, tetapi pihak Pendaftar Pertubuhan menjadi begitu efisien untuk mendaftarkan parti politik pro-pemerintah dengan mengambil masa sekadar beberapa minggu sahaja.
Tak usahlah disebutkan berbagai habuan dan bantuan yang dihulurkan seperti bantuan banjir dan habuan-habuan yang diberikan dari masa ke masa semasa menghadapi Pilihanraya.
Peneroka-peneroka Felda memperolehi bantuan RM5000.00 didalam waktu pilihanraya iaitu peneroka-peneroka yang menjadi ahli parti pemerintah. Wang itu tidak sampai ke tangan peneroka-peneroka yang menjadi ahli parti pembangkang walhal wang habuan yang diagih-agihkan itu adalah milik keseluruhan peneroka-peneroka Felda.
Bantuan banjir adalah begitu klasik sekali. Orang yang tidak kena banjir pun akan mendapat bantuan banjir jika ia itu ahli kepada parti yang memerintah, tetapi jika dia itu bukan ahli dari parti yang memerintah, dia tidak akan dapat bantuan banjir walaupun rumahnya ditenggelami air.
Rakyat sudah rekodkan semua kezaliman-kezaliman ini, dan ini adalah waktu untuk mengambil kira.
Suatu waktu dahulu golongan pro-demokrasi ini amatlah kecil di Negara ini. Mereka boleh ditindas dan dianaktirikan begitu sahaja. Tetapi golongan pro-demokrasi ini sudah menjadi lebih besar, bahkan jumlah mereka di Semenanjung Malaysia adalah jauh lebih besar daripada golongan konserbatif yang jahat itu.
Maka perkiraannya tidaklah menjadi begitu sukar dan perhetungan pasti bisa dilakukan.
1 Ogos adalah hari bagi rakyat mahu mengembalikan hak mereka. ISA adalah undang-undang yang zalim, jahat dan sentiasa disalahgunakan oleh Pemerintah. Rakyat mahu membuat perhetungan.
Bukan mudah demokrasi mahu dimenangkan keatas fasisme. Tetapi yakinlah bahawa pemerintahan kukubesi yang jahat semakin lama semakin berkurangan di dunia ini dan rakyat diseluruh dunia sudah memilih jalan demokrasi.
Barisan Nasional boleh menghidupkan demokrasi yang dituntut rakyat, atau ia akan mati dengan ideologinya yang fasistik itu. Hidup 1 Ogos, hidup demokrasi.-/PerakExpress
Friday, July 31, 2009
Nizar vs Najib Altantuya: 1 OGOS, Gerakan Demokrasi lwn Gerakan Fasisme
11:05 PM
miaq_kpg
No comments
Aku...
nuff
Followers
Komen Terkini
Categories
- Anti ISA (54)
- DAP (182)
- H1N1 (13)
- HOME (35)
- Israel (1)
- Isu semasa (353)
- Kartika (6)
- Liwat 2 (1)
- Liwat2 (2)
- malaysiakini (1341)
- Manek Urai (155)
- MCA (45)
- Melayu (129)
- MIC (18)
- Muara Tebas (18)
- Najib (1)
- Najib-Altantuya (4)
- PAS (445)
- Perak (184)
- PKFZ (100)
- PKR (180)
- Politik (465)
- PPSMI (22)
- PRK Bagan Pinang (103)
- PRK Hulu Selangor (12)
- PRK Permatang Pasir (93)
- PRK Sibu (2)
- Sarawak (53)
- SPRM (187)
- Teoh (83)
- UMNO (317)
Labels
- Anti ISA (54)
- DAP (182)
- H1N1 (13)
- HOME (35)
- Israel (1)
- Isu semasa (353)
- Kartika (6)
- Liwat 2 (1)
- Liwat2 (2)
- malaysiakini (1341)
- Manek Urai (155)
- MCA (45)
- Melayu (129)
- MIC (18)
- Muara Tebas (18)
- Najib (1)
- Najib-Altantuya (4)
- PAS (445)
- Perak (184)
- PKFZ (100)
- PKR (180)
- Politik (465)
- PPSMI (22)
- PRK Bagan Pinang (103)
- PRK Hulu Selangor (12)
- PRK Permatang Pasir (93)
- PRK Sibu (2)
- Sarawak (53)
- SPRM (187)
- Teoh (83)
- UMNO (317)
0 comments:
Post a Comment