Monday, July 27, 2009

Nizar vs Najib Altantuya: Bangunan DUN Baru S'wak Berharga RM300 Juta?


KUCHING: Perasmian bangunan baru Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di Petra Jaya oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Petra Jaya di sini hari ini, mencatat satu lagi sejarah bagi dewan undangan negeri tertua di Malaysia itu.

Sejarah DUN Sarawak, yang dikenali sebagai Majlis Umum hingga 1903, bermula di Bintulu apabila mesyuarat sulungnya berlangsung pada 8 Sept, 1867 di sebuah bangunan kayu yang sudah usang.

Speaker DUN Sarawak Datuk Seri Mohd Asfia Awang Nassar berkata Bintulu merupakan wilayah terakhir yang diambil oleh kesultanan Brunei, manakala daerah Kuching yang ada sekarang, dikenali sebagai Sarawak ketika itu.

Sejak itu, venue persida-ngan DUN Sarawak berubah tempat sebanyak tujuh kali,termasuk ke bangunan baru-nya sekarang, yang tersergam megah di sebuah bukit di tebing Sungai Sarawak.

“Ini menunjukkan betapa jauhnya perjalanan yang telah kita harungi. Dengan dilengkapi kamar yang mampu me-nempatkan hingga 108 Yang Berhormat, sesebuah bangunan parlimen biasanya di- gunakan selama 100 tahun,” katanya pada taklimat media di sini.

Bangunan sembilan tingkat berharga RM300 juta dengan bumbung berbentuk “terendak” serta dilengkapi dewan konvensyen dan dewan jamuan, yang masing-masing boleh memuatkan 5,000 orang dan 800 orang ini, memiliki seni bina serta reka bentuk dalaman hasil kerja tangan para tukang dari Uzbekistan, yang mencerminkan kepelbagaian budaya yang wujud di Sarawak.

Sambil menyifatkan bangunan itu sebagai mercu tanda unik seperti Menara Ber-kembar Petronas di Kuala Lumpur, Eiffel Tower di Paris, Perancis dan Sydney Ope-ra House di Australia, beliau berkata bangunan mesra golongan kurang upaya ini memiliki keluasan 760 meter persegi dengan ketinggian 27.7 meter dan garis pusat 30.9 meter serta dikelilingi kawasan hijau seluas 50 hektar, termasuk taman orkid.

Pada Selasa dan Rabu ini, Mesyuarat Persidangan Majlis Raja-Raja ke-218 akan berlangsung di kamar persidangannya di tingkat lapan, di mana 71 wakil rakyat dijadualkan bersidang November ini.

Asfia berkata di negara Komanwel, kebanyakan bangunan parlimen dibina sama ada di atas bukit atau di tepi sungai, tetapi bangunan DUN Sarawak memang istimewa kerana ia dibina di atas bukit berhampiran sungai, yang menjadikannya begitu indah, dengan Astana di sebelah kirinya dan Kota Margherita di sebelah kanannya.

“Anda boleh tulis sejarah yang bermula sejak masa (Rajah) James Brooke menyembunyikan diri ketika pemberontak menyeberangi sungai dalam pemberontakan Bau dan pertukaran meriam antara Muda Hashim, Pengiran Indera Makkota dan Brooke sebagai pelawat dari England di Kampung Bedil Besar yang berhampiran,” kata Asfia, yang menghasilkan buku bertajuk “Perubahan dan Ke- sinambungan”.

Karya beliau ini, yang menyorot latar belakang sejarah DUN Sarawak — dan sebuah buku susunan Institut Arkitek Malaysia, “Bangunan Baru DUN Sarawak - Simbol Kedaulatan Rakyat”, akan dilancarkan sempena perasmian bangunan baru itu, kata Asfia.

Beliau berkata perasmian bangunan itu sendiri merupakan satu sejarah kerana ia merupakan bangunan DUN pertama di negara ini yang dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong dan dihadiri ke-semua 11 Sultan dan Ketua Negeri atau wakil masing-msing.

Upacara bersejarah itu akan diserikan dengan pertunjukan bunga api dan regata serta perarakan bot berhias di Sungai Sarawak.

Asfia, speaker kesembilan dan yang paling lama menyandang jawatan itu, berkata sejak 33 tahun lepas, per- sidangan DUN Sarawak diadakan di Kompleks Council Negeri di Petra Jaya, yang selepas ini dijangka dijadi- kan Pusat Seni di bawah ke-lolaan Kementerian Pemba-ngunan Sosial dan Perban-daran.

Menyingkap sejarah DUN Sarawak, beliau berkata Majlis Umum mengadakan mesyuarat keduanya di suatu tempat bernama Fort Brooke di Sibu pada 15 Jun, 1868, iaitu yang dikenali sebagai venue luar kawasan terakhir.

Venue ketiga persidangan DUN Sarawak ialah Astana, yang digunakan pada Oktober 1870, manakala venue keempat pula ialah Bangunan Mahkamah di sini yang di-gunakan pada 22 Julai, 1918, yang ketika itu sudah dikenali sebagai Council Negeri.

“Venue keempat Council Negeri ialah Dewan Pembangunan Tun Abdul Razak di mana mereka mengadakan mesyuarat kali ke-106 pada 28 Dis, 1973,” katanya sambil menambah bahawa ia kemudian beralih ke tempat baru, yang dirasmikan Yang di-Pertuan Agong pada 17 Ogos, 1976.

/BorneoPost

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost