Thursday, July 30, 2009

Nizar vs Najib Altantuya: CERAMAH MatSamanKati@MSK


Sehari selepas kekalahan PAs dalam Pilihanraya Kecil Pengkalan Pasir pada December 2005, Raja Petra menulis satu artikel tentang kekalahan tersebut. Hanya satu sebab kekalahan yang diberikan…”Kita kalah sebab…kita tak baca Malaysia Today.”

Kalau Pilihanraya DUN Perak diadakan dalam masa terdekat ini, aku rasa Pakatan Rakyat akan kalah. Sebabnya…tak baca Malaysia Today.

Pemimpin Pakatan Rakyat sepatutnya menjadikan Malaysia Today sebagai rukun islam keenam. Tak payah lima kali, cukup dengan baca dua kali sehari semalam. Pasai apa? Pasai kat situ ada banyak modai yang boleh dijual. Ada banyak isu yang boleh digunakan. Dan isu-isu yang diketengahkan oleh Raja Petra selalunya tak sampai kebawah. Kalau dok ulang yang keluar kat Harakah, kat Suara Keadilan…patut la Harakah dan Suara Keadilan tak laku…semua dok tunggu ceramah.

Semalam aku pi tengok ceramah. Dah lama aku tak pergi ceramah..kali terakhir kat Lawin, Gerik. Tu pun pasai kawan ajak, mintak tolong tunjuk kat mana tapak ceramah.

Selama ni pun, aku pi ceramah bukan pasai nak dengar penceramah berceramah…tapi pasai nak cari sup gear-box atau pun kacang rebus. Kalau nak dengar ceramah…baik aku tarik selimut, sebab apa yang akan dicakap oleh penceramah…semua aku dah tau. Bukan pasai aku pandai, tapi pasai penceramah bercakap tentang perkara yang aku dah tau. Kadang-kadang, cara penceramah berceramah…nampak sangat lebih bodoh dari aku.

Kalau tengok kepada senarai penceramah semalam, memang kow. Nizar, Nga Kor Ming, Dr. Kumar, Yunus Jamhari. Tapi mula-mula ceramah pun aku dah tak berapa syok. Pengerusi Majlis berucap macam baca khutbah Jumaat. Berpantun pun… Chang Ming Kai lagi bagus. Dua tiga kucing berlari, manakan sama sikucing belang, inilah pemimpin yang kita nantikan, dijemput Dato Sri Nizar Jamaludin! Apa punya pantun daaa!! Tak kan nak salahkan PPSMI kot?

Mula-mula Dr. Kumar berceramah. Dia bukan penceramah…dia Ahli Parlimen. Cakap ikut teks dan memang ada fakta. Dr. Kumar tak sesuai berceramah kat pentas ceramah Pas, dia hanya sesuai dalam perbincangan intelektual. Kalau dipanggil untuk dia berdailog atau forum, itu bidang dia. Tapi Pakatan Rakyat tak pernah buat benda tu. Dan bila buat sekali sekala, tak panggil dia.

Masa Dr. Kumar bercakap, aku tengah duduk bersembang dengan kawan pekena bihun sup. Tapi..ada satu perkara yang disentuh oleh Dr. Kumar….tetapi tidak langsung disentuh oleh penceramah lain, iaitu HARTAL. Lepas ni aku mintakla kepada semua penceramah…terangkan kepada rakyat…apa itu Hartal. Tak tau? Baca Malaysia Today. Kalau tak baca…lepas ni kalau kalah, aku pasti Raja Petra akan tulis lagi.

Kemudian Yunus Jamhari, ADUN Kuala Kurau bercakap. Yang ni aku tak boleh nak kutuk kuat sangat…sebab aku kenai dia. Bukan pasai dia kawan, tapi kalau diingat masa mula-mula jadi calon dulu, cakap ok..ek..ok..ek. Sekarang dah berani sikit tapi ceramah kena ada isi brader! Kalau takat cerita pasai Umno rampas kuasa, heret speaker..yang tu orang dah tau lama dah. Kalau nak cakap kat ceramah…dengan beranggapan audien masih tak tau…itu bahaya.

Kalau ada diantara penyokong Pakatan Rakyat yang tak tau bahawa kerajaan Pakatan Rakyat ditumbangkan melalui rampasan kuasa, baik terjun tingkat 14. Tapi kalau YB dok cakap pasai tu juga dalam setiap ceramah, walaupun dah hampir empat bulan berlalu, menunjukkan YB tak dak modai.

Kat mana nak cari modai? Baca Malaysia Today. Kat Malaysia Today tu…kalau bagi kat aku ceramah tiga jam pun…aku berani buat. Sebab melambak cerita yang boleh diceramahkan.

Memang…kadang-kadang aku terjemahkan tulisan Petra, tapi aku pun kena cari makan untuk anak bini jugak. Tak boleh tumpukan sepenuh masa mengadap komputer.

Aku tau…ramai orang Melayu tak baca Malaysia Today sebab tak paham bahasa Inggeris. Dan ada penceramah yang tak baca Malaysia Today atas sebab yang sama. Tapi kena usahakan la.

Masa buat Jelajah Perak 1 dulu, aku komplen pasai ada penceramah yang cakap ikut sedap mulut. Ada penceramah yang kutuk kawan sendiri bila Perak jatuh. Lepas tu ada la sikit perubahan.

Tapi selepas 3-4 bulan, masih cakap benda yang sama. Boring la.

Kita dok cakap pasai Umno rasuah…tapi tak cakap bukti-buktinya. Cakap saja sapa pun boleh. Pak Meor pun boleh ceramah macam tu. tak payah panggil YB, tak payah panggil Datuk Seri. Jangan sampai orang kata, “kena panggil Datuk Seri..kalau tidak kutipan sikit sangat”. Tetapkan apa matlamat nak buat ceramah. Kalau nak terangkan isu-isu semasa, pastikan semua penceramah mendapat fakta-fakta tentang isu semasa. Jangan la kata nak terang isu semasa, tapi dok ceramah kisah empat lima bulan dulu.

Cuba tanya kat orang kampung..depa tau ka pasai skandal MAS? Pasal PKFZ. Terangkan dengan bahasa mudah…tok sah cakap billion-billion, pasai orang kampung tak dapat bayang billion tu banyak mana. Aku rasa, penceramah pun tak tau.

Skandal MAS tu, kalau dihafal lapan siri…boleh buat kuliah. orang dengar pun tak boring…tak la asyik-asyik kisah speaker kena heret…sampai semua penceramah cakap benda yang sama.

Nizar pun kena ada think-tank…khas untuk ceramah. Standard kena jaga, brader. Kalau setakat intro..mula-mula dulu aku pun syok mendengar. Tapi sekarang aku pun dah hafal.

Terpulang kepada orang-orang keliling Nizar, sama ada nak menjadikan dia sebagai pemimpin nasional…yang fasih dengan isu-isu nasional, atau pun nak jadikan dia hanya sebagai tarikan untuk mendapat kutipan yang lebih. Bagi aku, standard Nizar sudah jatuh. Standard Nizar sudah jadi macam Akhil Hayy.

Selepas 3-4 bulan, aku pun dah tak mau tengok ceramah Nizar. Dah boleh hafal!!

Malam tadi aku sedia notebook, untuk catit apa cerita baru. Cuma Nga Kor Ming yang boleh harap sikit. Dan malam tadi…dia jadi ’star’. Kalau dulu, kat ceramah PAS…tak pernah dengar orang bertepuk. Bila aku tepuk…orang tengok aku. La ni, orang kerling aku pasai aku tak tepuk.

Lebih baik aku dengar ceramah orang jual ‘multi-purpose tool’. Satu alat digunakan untuk semua kerja.Terpesona juga cara dia berceramah. Patut dia naik pentas…jadi penceramah.

Ataupun kena belajar dari orang jual bihun sup dan sup gear-box. Pasai apa gerai dia sentiasa penuh…walaupun tak bercakap apa-apa. Tak payah tanya orang datang nak makan apa…sebaliknya orang yang datang pi buat order. Ataupun kena belajar kat orang jual kacang rebus….kalau sejuk, tak laku. Orang mau yang ‘panas’!!. - /MSK@perakexpress

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost