Saturday, July 25, 2009

Nizar vs Najib Altantuya: Hakim & Mahkamah


"SESEORANG itu secara rasminya dianggap bersalah atau tidak bersalah, apabila mahkamah memutuskannya. Yang membuat keputusan adalah hakim. Tapi percayakah anda kalau dikatakan ada juga kalangan banduan yang merengkok dalam penjara itu 'tidak bersalah' tapi terpaksa menerima hakikat bersalah bila mahkamah memutuskan bersalah.

Sesungguhnya dalam perbicaraan di mahkamah, seseorang yang pada dasarnya bersalah boleh terlepas menjadi tidak bersalah kerana kepandaian peguambela mengemukakan fakta dan hujah.

Dan untuk medapat khidmat peguambela bukannya sedikit wang yang perlu dikeluarkan. Hanya golongan kaya yang mampu mendapat khidmat peguam yang handal untuk membela mereka jika dituduh di mahkamah.

Tapi bagi golongan miskin jika mereka itu tidak bersalah, namun terpaksa dibuktikan melalui mahkamah dan tidak mempunyai wang untuk membayar khidmat peguam, akhirnya terpaksa bela diri. Kerana tidak tahu nak bela diri sendiri, akhirnya mahkamah memutuskan bersalah dan terpaksalah merengkok dalam penjara.

Memang benar bagi kes-kes berat dan mereka yang tidak mampu mendapat khidmat peguambela, kerajaan akan menyediakan peguambela. Tapi peguam yang kita bayar khidmatnya tidak sama dengan peguam yang secara paksa rela diarah membela kita.

Disamping itu, kadang-kadang seseorang itu dianggap bersalah atau tidak bersalah oleh mahkamah disebabkan sikap hakim itu sendiri. Saya pernah mengikuti satu ceramah beberapa tahun dulu berkenaan peranan mahkamah dalam menegak keadilan.

Ceramah tersebut disampaikan oleh bekas seorang hakim mahkamah persekutuan.Dalam ceramah tersebut beliau telah disoal oleh seorang peserta iaitu adakah seseorang hakim itu membuat keputusan betul belaka? Beliau menjawab, seseorang hakim membuat keputusan berdasarkan fakta atau bukti-bukti yang dipersembahkan depannya. Beliau mengakui tak semua hakim membuat keputusan betul belaka. Justeru itulah adanya proses rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi dalam menilai satu-satu keputusan oleh mahkamah yang lebih rendah.

Menurutnya lagi seseorang hakim itu bukannya malaikat. Mereka adalah manusia biasa yang ada perasaan seperti marah, benci dan sebagainya. Katanya lagi, kadang-kadang ada hakim yang awal-awal lagi telah ada dalam 'mindsetnya' untuk memastikan seseorang itu bersalah ataupun tidak bersalah. Dalam keadaan begini, berilah hujah macam mana pun, baik dari peguambela atau pendakwa, hakim tetap akan menjatuhkan hukuman seperti apa yang telah ada dalam 'mindsetnya'.

Sikap hakim sebeginilah, menyebabkan ada orang yang tidak bersalah tapi terpaksa merengkok dalam penjara kerana mahkamah memutuskan bersalah. Bagi orang Islam, dikala inilah agaknya mereka terbayang, hanya pengadilan di hadapan Allah di akhirat nanti sajalah akan memberi keputusan yang seadil-adilnya. " -http://www.tranungkite.net/

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost