Thursday, July 30, 2009

Nizar vs Najib Altantuya: Kit Siang, Blog t4tbh Dari SPRM?


Penasihat DAP, Lim Kit Siang hari ini menimbulkan persoalan, apakah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di belakang 'blog hitam' t4tbh.

Ini kerana, blog hitam ini kelihatan sedang membina jalan cerita bagaimana Teoh Beng Hock mati dan tulunjuk kini dihalakan kepada dua Exco kerajaan negeri Selangor dari DAP iaitu Ronie Liu dan Ean Yong Hian Wah.

Kedua-dua Exco itu, kata Lim dalam blognya, didakwa oleh blog hitam itu melakukan kegiatan yang korup berdasarkan penipuan, maklumat separuh benar dan dokumen yang direkacipta.

"Yang disyakki kini adalah SPRM atau pegawainya, yang bertujuan untuk mengalihkan rasa kemarahan rakyat berikutan kematian Teoh Beng Hock di bangunan SPRM 16 Julai lalu," tulis Lim Kit Siang.

Blog t4tbh mula dibuat selepas kematian Teoh. Ia mengandungi tuduhan-tuduhan kepada Ronie Liu dan Ean dengan mendakwa mereka berdua mencuri wang rakyat Selangor dan dimasukkan ke poket DAP.

Teoh dibunuh kononnya untuk menutup rahsia ini. Menurut posting terbaru t4tbh, dua pamimpin DAP (bukan Exco Selangor itu) disyaki sebagai pembunuh Teoh. Kedua-duanya pula, lapor blog itu enggan memberikan sempel DNA mereka kepada polis atas nasihat peguam mereka, Karpal Singh.
Blog itu mendakwa, polis telah memeriksa sampel DNA pada badan Teoh dan menemui berpuluh-puluh sampel.
Namun dua darinya tidak sepadan dengan sample DNA yang diambil dari para pegawai SPRM yang membuat siasatan terhadap Teoh.

Atas dasar itu, blog hitam ini membuat dakwaan, ia milik dua pegawai DAP ini.

Analogi yang blog ini buat adalah, dua pegawai DAP inilah yang memegang Teoh dan mencampaknya keluar dari tingkap.

Namun bagaimana mereka berdua boleh masuk ke bilik soalsiasat SPRM tidak pula dijelaskan blog ini. Ini kerana menurut laporan NST, polis mengesahkan Teoh terjatuh dari tingkap dalam bilik soalsiasat SPRM di tingkat 14 Plaza Masalam.

Pengesahan polis itu diperolehi berdasarkan satu kancing tingkap berada bersama mayat mendiang Teoh yang dipercayai tersangkut padanya semasa beliau jatuh dari situ. Kancing itu kemudiannya disahkan dari tingkap di bilik pada tingkat 14 itu.-/siasahdaily

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost