Wednesday, July 29, 2009

Nizar vs Najib Altantuya: "MAMPAT" Jadi Rebutan


Majlis Pemuda Pakatan Rakyat berkeras ingin menggunakan singkatan "MAMPAT" sebagai kependekan nama gabungan baru mereka sehingga mesyuaratnya bulan depan membuat keputusan.

Menyifatkan perkataan tersebut "tidak dilindungi oleh hak cipta" dan "sesiapa boleh menggunakannya", Pemuda Pakatan akan tetap menggunakan nama tersebut sehingga diputuskan bersama dalam mesyuarat bulanannya nanti.

"Waktu kita putuskan hendak pakai singkatan ini, kita tidak terfikir ada NGO yang juga bernama Mampat.

"Ini perkara biasa, sesuatu perkataan itu bukan dilindungi di bawah akta hak cipta. Sesiapa boleh guna," katanya Ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Md Akin.

Dihubungi Malaysiakini petang ini, beliau bagaimanapun berkata, mereka tidak bercadang menimbulkan kekeliruan dengan menggunakan kependekan yang sama dengan Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat).

"Kita pilih singkatan itu sebab hendak tunjukkan kemampatan kerjasama antara Pemuda Pakatan Rakyat.

"Walaupun saya kira apa yang dikatakan NGO itu adalah 'pandangan terpencil', kita akan bincangkan dalam mesyuarat Pemuda Pakatan yang akan datang," katanya.

Beliau diminta mengulas bantahan Mampat Terengganu terhadap majlis Pemuda PKR, PAS dan DAP kerana menggunakan singkatan yang sama sebagai kependekan nama gabungan mereka.

Pengerusi NGO Terengganu itu Mohd Fauzi Abu Samah berkata, penggunaan singkatan itu boleh menyebabkan orang ramai terkeliru dan menjejaskan hubungan baiknya dengan pelbagai pihak.

Sementara itu, Setiausaha Dewan Pemuda PAS, Kamaruzaman Mohamad mengesahkan pihaknya menerima surat bantahan MampatTerengganu.

"Saya telah tengok surat itu. Saya akan panjangkan kepada ketua Pemuda (Nasrudin Hasan) untuk dibincangkan. Kita hormati Mampat (Terengganu).

"Kita akan bincangkan dalam mesyuarat Pemuda Pakatan yang akan datang," katanya, sambil menambah, perkara itu telah dimaklumkan kepada Mohd Fauzi melalui panggilan telefon petang tadi. - /Malaysiakini

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost