Monday, July 27, 2009

Nizar vs Najib Altantuya: Nik Aziz - Tiada Kerjasama UMNO-PAS !!!


Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melontarkan 'kejutan' terbaru hari ini - menafikan laporan media bahawa beliau mahukan perpaduan dan kerjasama antara Umno-PAS.

Sebaliknya, Menteri Besar Kelantan itu berkata, beliau mahukan Barisan Nasional menunaikan tanggungjawabnya sebagai kerajaan pusat seperti yang diamanahkan.

Atas dasar itu kata Nik Aziz, beliau bersedia mengetuai usaha menjalinkan hubungan antara kerajaan negeri dengan kerajaan pusat.

"Saya usulkan hubungan dua kerajaan (negeri dan pusat) dipulihkan sesuai dengan semangat federalisme," kata Nik Aziz dalam kenyataan yang dikeluarkan tengah hari tadi.

Terdahulu beliau menyatakan pandangan itu kepada PAS TV pagi tadi di pejabatnya di Kota Bahru.

Nik Aziz menyatakan demikian ketika banyak pihak melihat kenyataan beliau dua hari lalu mahu memulihkan hubungan dengan Umno sebagai perkembangan positif.

Misalnya, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, langkah awal yang akan diambil untuk mengadakan pertemuan serius dengan pemimpin PAS ke arah merapatkan hubungan kedua-dua parti itu akan dibincangkan pada mesyuarat Majlis Tertinggi Jumaat ini.

Muhyiddin yang menyambut baik kesediaan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk berbaik-baik dan melupakan sengketa politik kerajaan negeri PAS itu dengan kerajaan pusat berkata, senario itu akan membuka satu lembaran baru dalam hubungan antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri Kelantan dan parti PAS.

Pun begitu ada juga pemimpin Umno yang mahu kenyataan serius Nik Aziz dalam soal tersebut.

Sehubungan itu, hari ini Nik Aziz menegaskan, apa yang beliau mahukan ialah Barisan Nasional menjunjung semangat federalisme seperti yang diterima pakai dalam Perlembagaan Persekutuan, yang dipersetujui dengan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu dan kemudiannya Persekutuan Malaysia.

"Kelantan adalah salah satu negeri yang membentuk persekutuan tersebut dan hak Kelantan terjamin dalam perlembagaan.

"Bagaimanapun sejak Kelantan kembali ditadbir oleh PAS bermula 1990, Barisan Nasional sebagai kerajaan persekutuan telah menyekat hak-hak negeri Kelantan dalam banyak aspek.

"Tindakan diskriminasi dan pelbagai tekanan bersikap politik ke atas negeri-negeri yang tidak ditadbir oleh Barisan Nasional adalah sama sekali tidak mengikut semangat federalisme," katanya.

Tindakan sebegini telah berjaya menumbangkan kerajaan PBS di Sabah tetapi tidak di Kelantan, kata beliau.-/mstar

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost