Thursday, July 2, 2009

Nizar vs Zambry: Nizar Patut Letak Jawatan - Zambry


BEKAS Menteri Besar? Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin diminta melepaskan jawatannya sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) serta-merta bagi membolehkan individu lain menerajui persatuan tersebut.

Menteri Besar?, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, kedudukan kewangan Pafa kini dikatakan tenat dan lebih baik sekiranya tokoh yang mampu menangani masalah berkenaan dibenarkan menerajui persatuan itu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kedudukan Pafa yang dikatakan gagal melunaskan gaji pemain dan pegawai bagi bulan Jun.

“Terpulang kepadanya sama ada untuk melepaskan jawatan itu atau tidak tetapi dalam keadaan sekarang beliau sepatutnya meletakkan jawatan bagi membolehkan orang lain mengetuai Pafa,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Perak semalam.

Zambry berkata, kerajaan negeri bagaimanapun akan berusaha membantu Pafa dalam usaha melunaskan gaji pemain yang tertunggak selama sebulan itu.

“Bola sepak adalah sukan rakyat dan kita akan cuba bantu bagi mengelak pemain dan pegawai mengalami masalah kewangan,” katanya.

Prestasi pasukan Perak dalam kancah Liga Super musim ini dikatakan mulai menurun selepas pemain mendapat maklumat bahawa Pafa hanya mempunyai peruntukan untuk membayar gaji mereka sehingga bulan Mei.

Mohammad Nizar mengambil alih pucuk pimpinan Pafa pada 16 November 2008 setelah menang tanpa bertanding bagi jawatan itu pada mesyuarat tahunan Pafa. – Bernama
Kosmo Online.

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost