Sunday, July 5, 2009

Penamaan Calon PRK Manek Urai: PAS Jangka 1,000 Pengundi Manek Urai Di Luar Kelantan Pulang


KOTA BAHARU, 5 Julai (Bernama) - Pas menjangkakan antara 800 hingga 1,000 rakyat Kelantan yang berada di luar negeri ini yang layak mengundi dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai pada 14 Julai ini akan pulang.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata mereka itu diharap dapat pulang ke kampung masing-masing untuk mengundi pada pilihan raya kecil itu.

Beliau berkata, ini kerana tugas mengundi ialah kerja agama juga, bukan politik semata-mata.

"Kerja mengundi ini adalah kerja agama, jangan anggap politik itu bukan kerja agama, kerana mana boleh Islam bergerak tanpa politik, kedua-duanya seiring dan ada rangkaian serta tali temalinya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di lapangan terbang Sultan Ismail Petra sekembalinya dari menemui Persatuan Anak Kelantan di Perantauan (Perakam) di Kuala Lumpur pagi Ahad.

Ditanya mengenai kenyataan Penasihat Jentera Pilihan Raya Pas, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, bahawa parti itu sengaja menggunakan isu agama supaya Umno menghentam Pas, sebagai strategi parti itu, Nik Aziz berkata, beliau sentiasa mengeluarkan kenyataan tanpa mengira masa sama ada dalam suasana pilihan raya atau di luar.

"Niat saya kerana Allah, sama ada ia terkena pada musim pilihan raya atau tidak ia secara kebetulan," katanya.

Media hari ini melaporkan, Pas sengaja memberi peluang kepada Umno menghentam Nik Aziz dan Pas akan berterusan menyerang Umno sebagai strategi parti dalam kempen pilihan raya kecil itu.

Sebagai contoh, ungkapan Nik Aziz dalam siri ceramahnya sebelum ini yang menyamakan Umno dengan ajaran sesat Ayah Pin dan komunis serta Chin Peng.

--BERNAMA

MyKampungku

1 comments:

Anonymous said...

Kisah politik dan agama perlu disatukan ini datangnya dari Nik Aziz yang telah menyeleweng agama.Inilah contoh-contoh pneyelewengannya;
1.Undi PAS masuk syurga dan undi UMNO masuk neraka.Sejak bila dia jadi tuhan.
2.Lihat muka Nik Aziz dapat pahala?Dia nak jadi tuhan lagi.
3.Mengkafirkan orang islam dan menyokong kafir yang memusnahkan islam.
4.Mengajak penyokong memaki hamun dan mencarut.
5.Mengajak penyokong menggunakan kekerasan.
6.Tidak mahu bersatu dengan orang islam tetapi sanggup bersatu dengan kafir.
7.Bersekongkol dengan kafir untuk musnahkan orang islam.
8.Menghalalkan maksiat;tidak menyuruh Anwar sumpah laknat menafikan liwat dan menyokong Elizabeth Wong yang melakukan maksiat.
9.Menyokong Nizar dan budaya ganas yang tidak mengamalkan budaya islam.
10.Sanggup menggadai agama kerana tamak kuasa.
11.Memberitahu kononya kenikmatan dunia tidak penting tetapi sanggup buat apa saja untuk menang undi.
12.Mencemarkan islam dan menyebabkan islam diketawa oleh kafir.

Walaupun PAS berjaya memperdaya golongan yang cetek ilmu dengan memutar belitkan agama,biarlah PAS menang kuasa politik di dunia tetapi balasan akan diterima di akhirat nanti.

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost