Tuesday, July 14, 2009

PRK Manek Urai: Menang Tipis 65 undi, Tapi PAS Tetap Pemenang


KUALA KRAI: Calon Pas, Mohd Fauzi Abdullah menang pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Tuan Aziz Tuan Mat dengan memperoleh majoriti 65 undi.
Mohd Fauzi memperoleh 5,348 undi manakala Tuan Aziz mendapat 5,283 undi. Pengumuman mengenai keputusan pilihan raya kecil itu dibuat Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Adnan Hussin jam 8.56 malam tadi di pusat penamaan calon di Dewan Petra, Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra 1, di sini.

Pilihan raya kecil DUN Manek Urai, Kelantan menyaksikan persaingan satu penjuru antara Tuan Aziz, bekas Pengurus Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) menentang Mohd Fauzi, seorang pemborong ikan. Kerusi DUN Manek Urai kosong selepas penyandangnya, Ismail Yaakob, 60, dari Pas meninggal dunia pada 22 Mei lalu.

ps: UMNO perlu mengakui bahawa walaupun PAS memang tipis 65 undi, tetapi ia juga tetap kalah pada 65 orang. /bkrm

MyKampungku

1 comments:

Tengah pikir said...

Macam tak percaya. Kalau beza sikit macam ni boleh kira semula sampai pagi. Jentera amno pun awal2 lagi dah blah. Kalau amno confident takkan PM dan TPM cabut awal-awal.

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost