Sunday, July 12, 2009

Sketsa Dari Manek Urai


"Terima kasih la sebab bagi hamper dan duit.. Tapi makcik tetap sokong bulan..". Kata-kata seorang warga Manek Urai kepada seorang YB UMNO sudah cukup membuatkan YB tersebut tersedak seolah lekat tulang, hamper dan sejumlah wang diambil, tapi tetap sokong bulan..? YB nak paksa sokong UMNO tak boleh, nak sepak terajang lagilah tak boleh. Apa yang YB mampu buat hanya tersenyum kelat.

Cerita ini bukan rekaan, tapi kisah yang benar-benar berlaku di Manek Urai beberapa hari lepas. Diceritakan oleh seseorang yang turut serta bersama salah seorang pemimpin UMNO yang berkempen dari rumah ke rumah penduduk. Beliau orang PAS, tapi sebab kerja gomen, maka dikerah untuk turut bersama pemimpin UMNO ketika berkempen. Nak tak nak, mau tak mau kena ikut jugak lah. Bila melihat drama tersebut di depan mata, dia hanya dapat tergelak kecil dalam hati.

Fenomena ini adalah perkara yang biasa, yang kita dapat lihat dimana-mana PRK. Tabur 'pitis', bagi 'habuan', ini adalah lumrah dan tektik biasa UMNO memancing undi untuk mengekalkan kekuasaan. Dikhabarkan juga dari beliau, betapa banyak wang telah ditabur untuk PRK Manek Urai kali ini. Berguni-guni wang jutaan ringgit telah diangkut dengan helikopter untuk 'membeli pengundi' Manek Urai. Bagi mereka yang cerdik, mereka paham UMNO menggunakan duit dari cukai dan tax yang dikenakan. Guna duit negara, duit rakyat, dan berlagak macam duit sendiri.Bagi mereka yang tak cerdik, memuji UMNO kerana memberi bantuan kepada mereka.

Demikian betapa pentingnya PRK kali ini bagi UMNO BN. Walaupun jijik, kejinya tektik yang digunakan, UMNO sudah tiada cara lain untuk memancing undi. PRK kali ini menentukan kalah mati UMNO, hidup mati kepimpinan Najib 1 Malaysia, dan jawapan PRu13 yang akan berlansung kelak.

by JilFityan

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost