Friday, July 17, 2009

Teoh Beng Hock: Akibat Keghairahan SPRM


Kerakusan dan keghairahan UMNO BN memperalat SPRM kini mengundang padah dengan kematian seorang saksi dalam tahanan mereka. Sepatutnya SPRM bertanggungjawab untuk menjelaskan keadaan sebenar kepada rakyat dengan mendedahkan siapa yang mengarahkan operasi besar-besaran memburu dan menyiasat ADUN Pakatan Rakyat. Manakala, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz meminta supaya pihak, termasuk DAP supaya menunggu selesai siasatan terhadap kematian setiausaha politik Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah, yang dipercayai jatuh bangunan pejabat SPRM Selangor di Shah Alam.

SPRM perlu bertanggungjawab sepenuhnya di atas kematian Teo Beng Hock, 30 yang ditemui mayatnya di atas bumbung bangunan bersebelahan pejabat SPRM Selangor.Yang menjadi persoalannya pegawai SPRM ada memberitahu media yang sessi soal siasat ke atas Teo Beng Hock berlanjutan sehingga ke 3.45 pagi. Kenapa soal siasat berlaku sehingga ke dinihari ? Adakah tekanan berlebihan oleh pihak SPRM terhadap Teo Beng Hock menyebabkan beliau bertindak demikian ? Kita tidak mahu kes Kugan berulang kembali dan kepada Teo Beng Hock. Sehingga kini kes Kugan menyepi, apa tindakan yang diambil ke atas anggota polis yang terlibat.

SPRM telah diperalatkan oleh pimpinan UMNO dan kita telah menyaksikan betapa ghairah mereka bertindak terhadap ADUN Pakatan Rakyat Selangor. Sedangkan rasuah yang melibatkan dana berbilion ringgit seperti skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang, Istana Khir Toyo, pembelian senjata, dan lain-lain cuba disembunyikan. Kini, akibat tindakan kasar dan terlalu ghairah terhadap Pakatan Rakyat, menyaksikan pembantu Y.B Ean Yong Hian Wah iaitu mendiang Teo Beng Hock mati dengan tragisnya.

Oleh : /addin

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost