Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ezam Mohd. Nor bersedia tampil sebagai saksi utama kes tuntutan saman Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam usaha membuktikan siri pengkhianatan yang pernah dilakukan oleh Penasihat PKR itu.
Katanya, beliau bersedia berbuat demikian kerana mahu bersama-sama dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan lebih banyak lagi tindakan khianat Anwar terutama terhadap orang Melayu.
Sebagai contoh beliau berkata, Anwar pernah menghina Dasar Ekonomi Baru (DEB) bertujuan mendapatkan semaksimum undi kaum Cina serta India dalam satu mesyuarat yang turut dihadirinya.
''Akhirnya saya keluar dari PKR apabila melihat Anwar sanggup menghina DEB iaitu sebuah institusi bagi orang Melayu. Saya tidak sangka dia bertindak sebegini rupa hanya semata-mata untuk mendapatkan undi Cina dan India.
''Memang tidak salah untuk kita mengkritik tetapi apa yang dilakukan oleh Anwar ini sudah sampai ke tahap menghina dan sebagai seorang Islam dan seorang Melayu saya tidak boleh terima apa yang berlaku,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Ahad lalu, Muhyiddin dalam ucapan perasmian Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Sri Gading membidas Anwar sebagai pengkhianat perjuangan Melayu.
Berikutan kenyataan tersebut, Anwar menerusi peguamnya menghantar surat tuntutan ganti rugi sebanyak RM100 juta kepada Muhyiddin dan Utusan Malaysia.
Selain Utusan Malaysia, kenyataan Muhyiddin itu turut disiarkan oleh New Sunday Times dan Berita Harian.
Ezam berkata, sepatutnya amalan politik Anwar itu ditolak kerana ia telah menjadi penyebab kepada wujudnya banyak pihak khususnya bukan Melayu yang semakin berani mempertikaikan hak istimewa orang Melayu.
''Anwar sebenarnya telah tersilap menafsir keadilan. Keadilan bukan kesamarataan tetapi keadilan itu ialah meletakkan sesuatu itu pada haknya,'' katanya.
Beliau berkata, satu lagi siri pengkhianatan Anwar adalah terhadap Islam apabila pemimpin pembangkang itu dengan jelas mahu memperkenalkan amalan kesamarataan di dalam PKR.
Katanya, amalan tersebut amat bertentangan dengan prinsip politik Rasulullah kerana di dalam Islam tidak ada konsep kesamarataan.
''Rasulullah tidak pernah berkompromi dalam soal ini. Maksudnya dalam apa jua keadaan sekalipun Islam mesti menjadi dominan. Islam wajib diutamakan berbanding perkara-perkara lain,'' katanya.
Beliau menambah, dalam prinsip politik Islam, orang bukan Islam yang bernaung di bawah pemerintah Islam tidak akan mendapat hak sama rata sebaliknya akan menerima hak mereka seperti mana dipersetujui.
Dalam pada itu Ezam berkata, kerajaan sedia ada tidak pernah menzalimi rakyat bukan bumiputera sebaliknya mereka memperoleh nikmat yang melimpah ruah jika dibandingkan dengan orang Melayu dan bumiputera.
''Ini merupakan satu fakta dan tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak. Oleh itu, saya amat berharap orang Cina, India dan sebagainya tidak mudah tertipu dengan permainan politik Anwar,'' jelasnya. - Utusan
Kesian budak ezam ni.. Makin meroyan.. Harap Muhyiddin cakap kat Najib bagi lah apa-apa jawatan dalam kabinet malaysia kat mat sesumpah nie.. pencacai angkat najis ke.. apa ke..
/bloglistpolitik
Sunday, August 9, 2009
Anwar Pengkhianat: Ezam Sanggup Jadi Saksi Utama :- Nizar vs Najib Altantuya
Aku...
nuff
Followers
Komen Terkini
Categories
- Anti ISA (54)
- DAP (182)
- H1N1 (13)
- HOME (35)
- Israel (1)
- Isu semasa (353)
- Kartika (6)
- Liwat 2 (1)
- Liwat2 (2)
- malaysiakini (1341)
- Manek Urai (155)
- MCA (45)
- Melayu (129)
- MIC (18)
- Muara Tebas (18)
- Najib (1)
- Najib-Altantuya (4)
- PAS (445)
- Perak (184)
- PKFZ (100)
- PKR (180)
- Politik (465)
- PPSMI (22)
- PRK Bagan Pinang (103)
- PRK Hulu Selangor (12)
- PRK Permatang Pasir (93)
- PRK Sibu (2)
- Sarawak (53)
- SPRM (187)
- Teoh (83)
- UMNO (317)
Labels
- Anti ISA (54)
- DAP (182)
- H1N1 (13)
- HOME (35)
- Israel (1)
- Isu semasa (353)
- Kartika (6)
- Liwat 2 (1)
- Liwat2 (2)
- malaysiakini (1341)
- Manek Urai (155)
- MCA (45)
- Melayu (129)
- MIC (18)
- Muara Tebas (18)
- Najib (1)
- Najib-Altantuya (4)
- PAS (445)
- Perak (184)
- PKFZ (100)
- PKR (180)
- Politik (465)
- PPSMI (22)
- PRK Bagan Pinang (103)
- PRK Hulu Selangor (12)
- PRK Permatang Pasir (93)
- PRK Sibu (2)
- Sarawak (53)
- SPRM (187)
- Teoh (83)
- UMNO (317)
4 comments:
cakap ezam monyet dihutan pun tak nak dengar .apatah lg manusia ..org umno pun meluat dgn dia
Akum selamat pagi saudarku dan saudariku semoga kita semua diberkati oleh ALLAH pada hari yang baik dan dibulan yang mulia semoga kita ini semua dijauhi dari wabak H1N1 yang sekarang ini amat ditakuti oleh sebahagian orang MALAYSIA. Bulan syaaban ini banyak kelibihan nya kenapa kita mesti takut kepada keadaan wabak H1N1 ini kalau kita berbalik kepada asa agama IMAN dan TAQWA lah yang akan menjadi pendidng kehidupan manusia dimuka bumi ini. Soal pengkhianat kerana menghina DEB adalah sesuatu lumrah kerana dasar itu sendiri tidak menguntungkan sesiapa pun kecuali segelintir kroni sahaja yang lain nya terpaksa bertungkus lumus untuk hidup. Dan apa faedah yang didapati dari dasar itu melainkan membucitkan kan mereka yang rapat sahaja dari peringkat cawangan parti hingga keperingkat MKT itulah segelintir mereka yang mendapat faedah kalau tak percaya tanyalah TV3 dalam prog bersamamu terbitan setesen penyiaran yang menerbitkan prog tersebut. Apakah kita tidak melihat dimana kejayaan yang dicapai oleh bumiputera hampir tidak ada baik dari segi ekonomi dan pendidikan semakin hari semakin gagal berpa pertuskah pemilikan orang melayu dalam sektor ekonomi dan berapa pertuskah kejayaan orang melayu dalam sektor pendidikan. Orang melayu perlu berubah sendiri tanpa mengharapkan dasar DEB jika tidak mahu berubah dan hanya mengharapkan bantuan DEB maka suatu hari nanti adalah tidak mustahil yang orang melayu akan jadi pengemis dan peminta sedekah berbaris mengharapkan ikhsan orang lain untuk membantu mereka hidup. Orang melayu banyak melahirkan juara bercakap seperti orang yang sanggup jadi saksi ini fikirkanlah siapa mereka ini. Saya memang tidak yakin dengan perjuangan beliau hanya membuang masa sahaja jangan layan lah lebih baik kita memikirkan kehidupan kita tanpa bagaimana DEB nak dicapai kalau kayu pengukurnya pun dah nak reput. Cuba kita lihat dalam amanah saham yang diterbitkan terkial-kial orang melayu nak membeli nya sedangkan none bumiputera borong habis dalam masa 2 jam sahaja itu maknanya DEB itu gagal. Marilah bangsaku kita berusha dengan jujur disamping mensyukuri anugerah yang ALLAH beri kepada kita kuatkan semangat untuk maju dan rajin berusha dan berfikiran terbuka jangan hanya mahu jadi pak kadok atau lembu dicucuk hidung. Sebagai oarang melayu beragama islam rapatkan jiwa kita kepada ALLAH dan RASULNYA anda pasti berjaya. Dari segi politik pula pandanglah kehadapan yang lepas jadikan sejarah agar kita tidak mengulangi kesilapan sekali lagi anak2 kita ditentukan oleh tangan kita tiada orang lain yang akan dapat membantu melainkan kita sendiri perubahan lanskap politik akan membawa kita semua kearah yang lebih adil dan saksama itulah yang kita harapkan. Semoga kita semua akan menjadi orang yang beriman berakal berfikiran bertaqwa berusha berpelajaran dan akhirnya berjaya dalam kehidupan yang semangkin mencabar ini. Saya sudahi dengan tulus ikhlas marilah kita berubah kearah kebaikan berpnadukan semangat melayu baru disamping kita menjaga hak2 orang lain yang menginap dibumbung bumi MALAYSIA semoga ALLAH SWTA akan sentiasa memelihara kita dari kajahatan dan kemaksiatan DOALAH sentiasa supaya kita selamat dunia dan akhirat. wslm orang tanjung karang kampung DR khir toyo
Assalamualaikum Ezam, mak cik nak nasehat sedikit, jangan lah buang masamu dengan melalak. Teruskanlah kehidupan mu. Mungkin Allah telah menetapkan Politik bukanlah padang perjuangan untukmu. Segala yang kau buat tak nampak hasil. Mula mula kau keluar dari UMNO masuk PKR. Kau bergayut pada baju Anuar, kau melalak kesana kemari mencaci UMNO. Kemudian kau lompat keluar dari PKR, kau caci PKR dan Anuar. Kau kata kan kau ada peti ajaib yang penuh rahsia. Sekarang kau cuba cuba nak bergayut pula pada hujung baju Muhyiddin.
Masa mudamu berlalu begitu sahaja.Lakukan lah sesuatu yang lebih menafaat bagi dirimu, keluarga mu dan bangsa mu. Berbagai bagai perkara yang dapat kau lakukan, tak semestinya dalam bidang politik sahaja.
Nabil yang jadi lawaking lebih mengeluarkan hasil darimu wahai Ezam. Fikir fikirkan lah wahai Ezam. Masa berlalu terlampau laju, jangan sia siakan hidupmu. Dalam sebok sebok begini satu hari kau akan tersedar yang engkau berada dalam usia emas.
Betul , Betul ,betul.Memang ramai pun dah tahu apa isi hati mu.
Jauhilah politik untuk kebaikan dirimu dan keluarga..
Hadiran kamu dalam ceramah sentiasa membawa sial dan dalam masa singkat Pentabiran berkenaan akan pandang kamu dari sudut yang tidak memeberi faedah pada misi politik mereka.
Lambat laun kamu akan disingkirkan,
sedarlah sebelum terlambat.
Post a Comment