Wednesday, August 5, 2009

Anwar Pengkianat, Tiada Maaf Bagimu: Nizar vs Najib Altantuya


Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak akan memohon maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan tuduhannya penasihat PKR "pengkhianat" seperti dituntut mantan timbalan perdana menteri, semalam.

Timbalan perdana menteri mengesahkan beliau menerima notis daripada peguam Anwar yang ingin mengambil tindakan undang-undang terhadapnya bagi memfitnah, lapor Bernama.

"Ya, saya sudah menerima surat peguam itu. Saya juga telah mengarahkan peguam saya untuk mengambil tindakan yang sesuai.

"Saya tidak akan minta maaf kerana saya tidak berbohong semasa membuat kenyataan itu," Muhyiddin dipetik berkata.

Berikutan perhimpunan membantah ISA pada Sabtu lepas, beliau melabelkan Anwar sebagai pengkhianat seperti laporan akhbar milik Umno, Utusan Malaysia.

Muhyiddin membuat kenyataan tersebut ketika merasmikan mesyuarat Umno bahagian Sri Gading di Johor, kelmarin.

Berikutan itu, Anwar mahu timbalan presiden Umno menarik balik kenyataannya itu dan membuat permohonan maaf secara terbuka.

Dalam surat tuntutannya kepada Muhyiddin dan akhbar berkenaan, Anwar juga menuntut ganti rugi sebanyak RM100 juta daripada kedua-dua pihak berkenaan.-/Malaysiakini

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost