Saturday, August 8, 2009

Arak Dan Ronie Liu: Hassan Ambil Sikap Berdiam Diri :- Nizar vs Najib Altantuya


Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Mohamed Ali Jumaat mengambil pendekatan berdiam diri walaupun diasak pemberita dengan soalan tentang desakannya supaya Ronnie Liu digugurkan dari senarai Exco tidak tidak dilayan oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Sebaliknya Hasan berkata beliau akur dengan arahan Khalid Rabu lepas yang meminta kesemua pegawai kerajaan negeri dan anggota Exco tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai penjualan arak di Selangor sehingga garis panduan mengenai perkara itu dikeluarkan hari ini.

"Sebenarnya, ahli Exco tak dibenarkan bercakap dan selepas (perkara itu) selesai, awak boleh datang berjumpa saya lepas pukul 12.01 malam ini. Arahan ini terpakai sehingga hari ini sahaja," katanya kepada pemberita selepas melawat pameran terbuka Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) di sini Jumaat.

Hari ini, kerajaan negeri Selangor memutuskan bahawa penjualan minuman keras di negeri itu adalah berpandukan kepada kesedaran penjual sendiri terhadap permintaan pembeli dari kalangan orang Islam dan remaja.

Diminta mengulas mengenai keputusan itu, Hasan yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor mendakwa beliau belum mengetahui tentang keputusan itu.

"Nantilah.. hari Isnin ini kemungkinan besar saya akan adakan sidang akhbar dan bila semuanya dah sedia, saya akan hubungi media dan awak (pemberita) boleh datang dapatkan version saya mengenai keputusan yang dikatakan dibuat hari ini," katanya.

Hasan, pada Selasa lepas mendesak kerajaan negeri mengugurkan Liu sebagai Exco ekoran tindakan wakil rakyat DAP itu yang mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memulangkan semula minuman keras yang dirampas dari sebuah kedai serbaneka 7-Eleven di Jalan Liku, Seksyen 8, Shah Alam, pada Khamis lepas di samping beberapa masalah lain yang ditimbulkan oleh Liu.

Sementara itu, Exco Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Takiyuddin Hassan yang turut hadir pada lawatan tersebut berkata beliau berhasrat mempelawa Liu ke Kelantan untuk melihat sendiri penguatkuasaan mengenai penjualan minuman keras itu.

Katanya, di Kelantan sendiri masih lagi terdapat kedai yang menjual minuman keras cumanya ia dikawal dan ditempatkan di mana mereka yang beragama Islam dilarang memasuki premis tersebut.

Katanya, apa yang disuarakan oleh Hasan lebih berupa kepada pengawalan penjualan bukan untuk menyekat hak mereka yang bukan Islam.-Bernama

MyKampungku

5 comments:

org memali said...

beliau berdiam diri kerana , 'org tu' dah bersedia berguru dgn tuan guru . jadi kira ok la . Nanti dah tamat nanti , baru la beliau bersuara .itupun jika org tu tak buat apa yg sudah dipelajarinya .

suprie08 said...

kita sebagai sebuah kerajaan ,apa2 masaalah bolih diselesaikan melalui rundingan,bukan dgn cara buat kenyataan terbuka menempelak kawan kita sedangkan hasan sendiri akan berhadapan dgn ronie liew didalam mesyuarat exco,disana nyatakan pendirian kita,kenapa hasan buka pekung sendiri bagi umno dan rakyat melihat bawa dia tak cerdik menangani masaalah.hal kecil tak payahlah nak jadi hero.semua masaalah diselesaikan dgn bijaksana itulah hero sebenarnya.

Anonymous said...

Tahniah hassan ali ! tapi pas sendiri bacul ! dayus ! lebih takut rosak pakatan daripada menegak hukum ALLAH.

Inilah akibatnya kerana undi dan kuasa sanggup menjadi barua, balaci kepada kerajaan kafir dap dan pkr !

Cakap tak serupa bikin ! Munafik !

Anonymous said...

buat keputusan perlu kebijaksanaan..bkn masalah bacul atau tdk tp perlu dgn cara berhikmah spy Islam dipandang mulia.

kalau tgk cara tn guru Nik Aziz, dia akan fikir dulu sblm buat kenyataan. Hrp pemimpin PAS yg lain pun begitu. Menjd hrpn utk Msia ditadbir ikut syariat Islam tp perlu dgn cara hikmah.

Bangsa Cina Malaysia said...

close down all karaoke and places selling beer and liquor immediately.

top
chinese executives from all companies under the pretext of entertaining customer
after work
are wasting their time and increasing the companys expenses.

on
top of this nonsense hanky panky
are aplenty.

the govt should ban all this
nonsense immediately and urged all
executives and above to go back to their
respective families after work.

i am chinese and i support PAS 100%
on
banning of alcohol.

alcohol is nothing but trouble.

marriages are
crumbling becoz of this nonsense

i am very sure all the chinese housewives
and whatever will
support 100% PAS good intention.

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost