Thursday, August 6, 2009

Bila 1 Malaysia Diperbodohkan !!! - Inkues Teoh Beng Hock & Nizar vs Najib Altantuya


Beberapa bulan yang lepas, Shamsul Iskandar Mohd Akin serta puluhan rakan-rakan AMK telah menghadiahkan lembu ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan Selangor. Simboliknya hadiah tersebut agar SPRM lebih tangkas dan tidak dicucuk hidung apabila menjalankan tugas.

Sejak itu SPRM Selangor tidak senang duduk. Malah saban hari di media prima memaparkan pegawai SPRM Selangor memburu mangsa seterusnya selepas insiden 'majlis qurban lembu' Tan Sri Khalid Ibrahim di Cheras. Kini ADUN - ADUN Pakatan Rakyat Selangor kini dikejar hingga dilubang cacing. Kematian mesteri Teoh Beng Hock tidak mematahkan semangat SPRM Selangor untuk 'mengoreng' Pakatan Rakyat.

Terbaru Exco Kerajaan Selangor, Rodziah Ismail diserbu atas satu dokumen 17 halaman oleh Pengerusi Gerak, Mohd Nazree Mohd Yunos. Namun para pegawai SPRM terpaksa pulang dengan tangan kosong kerana Rodziah tiada kelapangan masa melayan telatah pegawai SPRM Selangor.

Adakah ini kerana salah Shamsul menghadiahkan lembu atau ada pegawai yang memang menjadi lembu BN-Umno. Jika benar, rasanya perlu setiap ADUN Selangor menghadiahkan lembu kepada SPRM Selangor atas ketaatan segelintir SPRM Selangor dilembukan oleh individu berpengaruh.

Hanya lembu tidak dapat membezakan kemewahan ADUN - ADUN dan bekas ADUN BN-Umno di Selangor. Jika dibandingkan kemewahan diantara ADUN Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat , saya rasa kemewahan Ezam Mohd Noor pun terlalu kecil atau hanya 'seciput' dari puluhan juta ringgit kemewahan milik para ADUN BN.

Mungkin juga SPRM Selangor dan semuanya perlu mengubah logonya dengan meletakkan gambar kecil lembu sebagai logo baru meraka. Saya berharap agar SPRM Selangor dan seluruhnya buka mata dengan akal yang waras. Usah menjatuhkan harga diri demi menjaga periuk nasi dan pangkat. Mungkin lembu lebih bermaruah dari SPRM kerana ada harga dipasaran.

Tahukah anda intan-berlian dan emas-mutiara Rosmah Mansur melebihi gaji yang terima oleh suaminya sejak diberi gaji oleh kerajaan Malaysia sehingga hari ini. Hanya haiwan dan 'lembu' tidak dapat menilai pekara ini. Yang jelas 1 Malaysia diperbodohkan.
Oleh: Zabidi Abas@ABO

MyKampungku

5 comments:

bloglist malaysia said...

Salam tuan tanah. Tolong listkan bloglist malaysia ke bloglist tuan. Terima kasih.
http://bloglistpolitik.blogspot.com/

org memali said...

Ko orang pun satu , bila dia org buat kerja , macam2 komplain pulak .Sebenarnya apa ko orang nak . Nak musnahkan Tanah Melayu ni .

Anonymous said...

baguslah buat kerja..tapi khir toyo bila nak siasat..rumah 24 juta tu...
Bumbung stadium runtuh bila nak siasat..
pusat aquatik terengganu bocor bila nak siasat...

Mrr2 retak sampai hari ni senyap je pasal menteri yang terlibat...

YB radziah siasat ...tapi Adun kemaman dengan wang 20,000 tu senyap je tak bagi tahu siapa sebab pemimpin UMNO..

Sila la jawab orang memali oiiii jgn buta kayu otak beku

rasuah berjuta senyap

rasuah 2400 sampai terbunuh jatu bangunan..
org memali oiii pikir le

Anonymous said...

apa punyee org memali..igt dri sendri je ke.selfish beno.xdok kjo len..nk warning owng..igt bangsa kto jo koh tgal kat malaysia..menate

Anonymous said...

MACC (MURDER ACT ASSOCIATION CORRUPTION CONSPIRASY) DEDICATED BY KHIR TOYOL!

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost