Friday, August 7, 2009

DAP Gesa Hassan Ali Dikenakan Tindakan Disiplin :- Nizar vs Najib Altantuya


Tony Pua: Pakatan perlu tubuh jawatankuasa bincang kes

Perbalahan terbuka antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat di Selangor semakin berlarutan dengan DAP hari ini menuntut diwujudkan jawatankuasa disiplin bagi membincangkan tindakan terhadap Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali kerana tindakannya meminta agar Ronnie Liu dari DAP dilucutkan daripada jawatannya sebagai exco Selangor baru-baru ini.

Timbalan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua berkata, tindakan Hasan dalam kes itu dilihat "tidak sesuai serta tidak adil", dan menambah bahawa ia diburukkan lagi dengan tindakan Pemuda PAS mengadakan demonstrasi menentang Ronnie Liu, serta rancangan PAS mengadakan kempen besar-besaran di masjid-masjid berhubung isu itu sebagaimana yang dilaporkan media.

"Apa yang membuatkan tindakan (Hasan) itu tidak dapat diterima ialah kenyataan bahawa Ronnie Liu menjalankan tanggungjawabnya dengan tekun, apabila mengarahkan supaya dipulangkan barang yang diambil secara tidak sah kepada pemiliknya," kata Pua kepada pemberita di pejabat DAP Selangor di sini hari ini.

Beliau berkata, DAP memiliki hubungan yang baik dengan PAS di peringkat persekutuan, namun menurutnya parti itu benar-benar bingung dengan apa yang berlaku di Selangor yang dilihat berbeza sama sekali dengan hubungan yang wujud di peringkat nasional.

Pua berkata, DAP akan menghantar surat kepada kepimpinan Pakatan Rakyat hari ini bagi menggesa supaya ditubuhkan satu jawatankuasa disiplin.

Minggu lepas, Ronnie Liu selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memulangkan minuman keras yang dirampas dari sebuah kedai serbaneka di Jalan Liku, Seksyen 8, Shah Alam.

Ekoran tindakan itu Hasan mendesak kerajaan negeri menarik balik portfolio kerajaan tempatan yang dipegang Liu. - /mstar

MyKampungku

4 comments:

mack said...

Akum= Saya harap perbalahan antara parti PAKATAN RAKYAT hendaklah dihentikan dengan segera supaya tidak menjadi ikutan diperingkat bawahan kalau para pemimpin tidak mempunyai kesabaran bagaimana ahli diperingkat bawahan. Dan rakyat sedang memarhatikan kepada PAKATAN RAKYAT sama ada pakatan ini suatu pakatan yang rapuh seumpama kayu tunggul terbakar mudah dijilat api atau akan terhapus dik hujan. Insaflah mereka semua rakyat memberi kepercayaan kepada para pemimpin PR denga harapan agar mereka boleh membawa kehidupan lebih baik dan sempurna dan tidak seperti amalan yang lampau semasa era BN UMNO tapi nampak nya mereka ini asyik sebok berbalah sesama sendiri. Isu penjualan ARAK kan boleh diselesaikan secara rundingan dan tolak ansur mengapa perlu bertelagah dan akan membawa kehancuran kepada pakatan yang dibentuk setahun yang lalu. Diperingkat kerajaan sudah setiap hari ada sahaja serbuan yang dibuat oleh SPRM maka mereka sepatutnya bersatu menghadapi keadaan ini yang lebih mencabar ingatlah amanah RAKYAT yang telah diberi kepada PR jangan hanya buat sementara dan para pemimpin pakatan menjadikan pemenritahan atau penerimaan RAKYAT biar buat selama-lamanya dengan pakatan. Baik DAP-PKR-PAS jangan angkuh dan lupa diri dengan sokongan RAKYAT dia boleh berubah pada bila2 masa apabila tiba masanya. Adakalanya apa yang diucap pada ceramah tak sama apa yang berlaku diluar ceramah apakah mereka ini hanya baik didepan mata RAKYAT dan tidak bersefahaman apabila dibelakang RAKYAT.TELUS dan IKHLAS itu adalah keinginan RAKYAT agar masa depan RAKYAT dan NEGARA tetap dipelihara warisan bangsa melayu jangan diabai supaya ketenteraman dapat dipelihara persefahaman antara MELAYU CINA INDIA dan lain KAUM dapa dikekalkan seperti sedia ada. Saya berharap pada DATO DR HASSAN ALI dan RONIU LIEW melupakan persengketaan dan perbalahan supaya hasrat PR untuk menubuhkan kerjaan diperingkat pusat berjaya kejayaan itu boleh dicapai menerusi perpaduan bukan pertelingkahan hanya memberi ruang pada musuh sahaja. Renugkanlah wahai saudaraku yang disayangi. wslm

Anonymous said...

Dear PAS & DAP, we are getting tired of you two parties which always quarrel over so small issues and worst still, let the whole world knows thru the BN-controlled massmedia.Can't you guys just sit down and talk inside a room without inviting all those BN paid reporters to report your differences? Who is Hassan,who is Ronnie or Tony or whatever?Work together to be the next government, that should be your biggest agenda,not childish fights everynow and then.Maybe both PAS & DAP shd be expelled from PR.PKR is strong enough to go on alone and they will be embraced by all rakyat.Maybe PAS shd join with umno and DAP go join MCA,then PKR wont have so much silly inhouse circus.

Anonymous said...

Kalau inilah cara parti2 dalam Pakatan Rakyat ( PR ) hendak memerintah negara serta hendak menjadi glemer, percayalah PRU yang akan datang PR akan lingkup untuk selama lamanya. Bila rakyat sudah percaya dan beri mandat untuk memerintah, buatlah apa yang rakyat hendak dan jangan buat wayang. Lupakah kamu semua rakyat sudah muak dengan wayang BN selama 50 tahun sebab itulah rakyat memberi mandat kepada PR. Kalau PR juga selalu buat wayang apa bezanya antara PR dan BN ??? Jangan lupa dalam PR semua parti gabungan adalah penting dan mustahak. Tidak ada parti yang boleh anggap parti mereka lebih besar atau lebih penting dari parti lain. Masing2 memerlukan bantuan dan sokongan diantara satu sama lain. Jadi diharapkan parti2 dalam PR ( DAP, PAS dan PKR ) boleh berkerjasama dan berbincang antara satu sama lain dalam keadaan yang penuh aman dan damai. Jangan selalu mengeluarkan kenyataan yang boleh dianggap negatif dan sensitif dalam media semata mata untuk menarik perhatian dan mencari glemer. Media2 puak UMNO/BN akan sentiasa menunggu peluang begini untuk mengoyang keutuhan PR. Adakan rundingan dalaman sesama sendiri dan cari penyelesaian tanpa kehadiran media. Inilah yang rakyat hendak dari PR, bukan tengok dan dengar balahan didalam PR. Kepada PKR,PAS dan DAP... naik turun PR adalah ditangan rakyat dan tunjukkan kepada rakyat yang parti2 dalam gabungan PR boleh berkerjasama untuk memerintah negeri serta negara supaya kepercayaan yang diberikan oleh rakyat tidak sia2.

mack said...

akum sayang bangsaku orang melayu cuba renungkanlah sama ada diseksyen 8 atau 18 yang membeli arak pada pukul 1pagi keatas ialah anak2 melayu yang masih belajar di IPTA/IPTS apa yang dilakukan oleh tok hassan itu mari kita sokong tetapi jangan jadi munafik pulak.Puak umno hanya mengmbil kesempatan bukan nak menangani isu ini secara mufakat agar tidak ada yang terguris nak kata none muslim like to drinking pun tidak juga. yang penting dalam hal ini ialah taqwa dan keimanan kita dimana ketaatan kita kepada ALLAH bagaimana itu yang bagi muslim baik wanita dan lelaki mari kembali kejalan yang diredhai oleh ALLAH yang berkuasa diatas segalanya.Saya harap pihak berkuasa sepatutnya menyiasat dahulu sebelum meluluskan lesen penjualan minuman keras dipermis masing2 ini penting adakah permis ini dimiliki oleh orang islam kalau ianya milik orang islam lesen permis tersebut tidak boleh diluluskan. jika ada permohonan untuk menjual minuman keras lesen hanya untuk kawasan yang penduduk nya majoriti nya ialah none muslim dan jualan pula dibawah kawalan dengan pemegang lesen hendaklah memaklumkan kepada PBT tempatan jumlah yang dijual setiap seminggu ini bagi memastikan ianya dijual hanya kepada mereka yang bukan muslim sahaja.Kepada para pemimpin PAKATAN RAKYAT cari jalan penyelesaian yang tidak merugikan sesiapa dalam hal ini daripada berbalah dan tuduh menuduh hanya mengeruhkan keadaan. Saya sebagai orang islam mendoakan kesejahteraan DATO HASSAN ALI agar ALLAH akan memberi petunjuk dan jalan yang terbaik supaya tiada kemelut antara PAS dan DAP mahupun PKR. Kerana kita sebenar nya kearah politik yang amat mencabar dimasa kini oleh itu hapuskan persengketaan kuatkan perpaduan tingkatkan persefahaman hilangkan perasaan tidak percaya antara satu sama lain. Rakyat menaruh harapan yang tinggi untuk PR mengambil alih pentdbiran negara selepas PRU 13 nanti. Peluang untuk menang PR mempuanyai harapan yang cerah jika PR menguatkan perpaduan sesama pemimpin dan ahli2 parti masing2. Jangan hampakan harapan kami rakyat SELANGOR dan MALAYSIA. Hijau nya daun kerana ada air hujan yang menyirami nya kuatnya pakatan kerana ada nilai kepercayaan dari RAKYAT runtuh nya pakatan kerana pemimpin nya ego dan angkuh. Janganlah hampakan harapan kami tolonglah. Hapuskan kegusaran hilangkan syak wasangka dengki khianat. Sekian salam muhibah untuk semua penyokong perubahan negara MALAYSIA. Wslm

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost