Saturday, August 1, 2009

DEMO ANTI ISA: Akta ISA Mustahil Di Mansuh, Cuma Boleh Di Pinda? : Nizar vs Najib Altantuya


Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata adalah mustahil untuk Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan, tetapi ia boleh dipinda atau ditukar namanya supaya lebih bersesuaian dengan keadaan semasa.

Beliau berkata negara memerlukan undangundang seperti ISA yang boleh menahan seseorang itu untuk disoal siasat sebelum sesuatu perkara atau kes itu dibawa ke mahkamah, selain turut memerlukan undangundang lain.

"Pada hemat saya, kita jangan lihat dalam negara kita sahaja. Lihat di negara jiran kita atau di negaranegara lain. Mereka pun mempunyai undangundang yang lebih kurang sama atau yang lebih keras daripada itu.

"Maka ianya (ISA) adalah bertujuan untuk mewujudkan kestabilan ekonomi dan politik supaya tidak menimbulkan permasalahan agama, kaum dan budaya dan inilah yang mahu ditekankan oleh pihak kerajaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kursus Pidato Politik anjuran Umno bahagian Cheras di sini hari ini.

Mengulas mengenai perhimpunan yang diadakan di ibu negara hari ini oleh dua badan bukan kerajaan iaitu Gabungan Mansuhkan ISA (GMI) yang membantah undangundang itu dan Majlis Permuafakatan Ummah (Perwaris) bersama Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang mahu ISA dikekalkan, Ahmad Zahid berkata pihak berkenaan tidak perlu takut dengan kewujudan ISA jika mereka tidak melakukan kesalahan.

"Saya bercakap atas pengalaman pada tahun 1998. Saya rasakan walaupun masa itu saya ditahan (di bawah ISA), saya reda dengan keadaan itu. Apabila saya ditanya dan disoal siasat, saya berpendapat polis telah menjalankan kerja secara profesional," kata Ahmad Zahid.

Pada majlis yang sama, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Maslan berkata pembangkang cuma mahu mengambil kesempatan untuk mengadakan demonstrasi sedangkan mereka sudah tahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan merombak ISA.

"Sepatutnya mereka memberikan pandanganpandangan secara bijaksana, bertulis, menggunakan fakta-fakta jika ingin membuat apa-apa cadangan, bukan dengan cara menyusahkan rakyat, sehingga jalan sesak," kata beliau.-/mstar

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost