Friday, August 7, 2009

H1N1, Hospital Umum Sarawak Tiada Peralatan Ujian Darah? :- Nizar vs Najib Altantuya


Hadapi kesukaran bagi mengesahkan seseorang positif atau negatif H1N1

KUCHING: Hospital Umum Sarawak (HUS) belum dilengkapi peralatan untuk mengendalikan ujian darah bagi mengesahkan seseorang yang disyaki positif A(H1N1).

Pengarah HUS Dr Zulkifli Jantan berkata kerja-kerja menaik taraf kemudahan makmal HUS masih lagi dalam perancangan dan dana peruntukan dalam permohonan.

“Sampel darah mereka yang disyaki buat masa ini dihantar ke (hospital) Kota Kinabalu, dan ia memerlukan tempoh dua atau tiga hari untuk mendapatkan keputusannya,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini, semalam.

Kenyataan itu merupakan maklum balas bagi memberi penjelasan berikutan laporan akhbar semalam mengenai tindakan HUS menangani kes berkaitan H1N1 membabitkan seorang lelaki.

Dr Zulkifli berkata buat masa ini hanya sampel yang membabitkan kes dimasukKan ke hospital dan kes mengalami komplikasi sahaja yang diambil untuk diuji.

Beliau menegaskan, bagi yang sudah mendapatkan ujian, mereka masih perlu mengasingkan diri selama dua atau tiga hari sehingga keputusan membuktikan negatif daripada jangkitan H1N1.

Justeru katanya, orang ramai yang mengalami demam biasa atau ringan kerana jangkitan virus H1N1 dinasihati supaya mengasingkan diri mereka beberapa hari untuk mencegah penyebaran berlaku.

Bagaimanapun kata Dr Zulkifli, bagi yang mengalami tanda-tanda seperti susah bernafas, berdarah semasa batuk, sakit dada, muntah atau cirit-birit, demam berlarutan melebihi tiga hari atau jatuh sakit semula selepas tiga hari, mereka perlu datang ke hospital.

Simptom-simpton lain katanya, berkelakuan aneh seperti perasaan terkilan, kurang responsif dan badan menggigil atau pening kepala apabila berdiri atau kurang membuang air kecil.

Dr Zulkifli menegaskan bagi kanak-kanak simptom yang perlu diawasi adalah kelemahan, perubahan tingkah laku atau status mental, mudah marah, penyahidratan, lidah yang kering, tiada air mata semasa menangis, sesak nafas, mulut atau lidah berwarna biru kehitaman dan demam berpanjangan.

Seorang pembaca Borneo Post marah apabila diarahkan pergi ke sana sini semasa dia meminta untuk mendapatkan rawatan kerana bimbang dijangkiti virus H1N1 selepas baru sahaja pulang dari Kuala Lumpur Jumaat lepas.

Dia yang kemudiannya pergi ke poliklinik di Jalan Masjid diarah pula pergi ke pusat perubatan swasta jika mahu diperiksa.

Dengan kesabaran semakin pudar, dia pergi ke sebuah pusat perubatan swasta di sini untuk mendapatkan pemeriksaan tetapi sekali lagi diarah kembali ke HUS kerana pusat tersebut tidak menjalankan ujian bagi H1N1.

Kemudiannya dia kembali semula ke HUS namun sia-sia apabila dia sekali lagi diarahkan untuk pergi mendapatkan pemeriksaan di poliklinik. Selepas satu pertelingkahan berlaku dia akur dan pergi semula ke poliklinik.

Di sana selepas mencatatkan suhu badan, seorang jururawat memintanya menunggu doktor tetapi ketika sedang menunggu doktor, dia bertanya sama ada dapat diperiksa atau tidak, sekali lagi dia terkejut apabila jururawat berkenaan mengatakan tidak kepadanya.

Kerana tidak mahu membuang masa lagi di klinik yang penuh sesak, dia meninggalkan klinik dan menghubungi The Borneo Post.

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost