Saturday, August 15, 2009

H1N1: Kematian Terus Meningkat. MALAYSIA KRITIKAL..??? :- Nizar/Zambry vs Najib Altantuya


Takut dan gerun begitulah perasaan yang menyelubungi saya sekeluarga bila mendengar,membaca berita mengenai wabak influensa H1N1 yang sedang melanda negara kita dan juga di seluruh dunia.

Sebagai rakyat Malaysia saya amat merasa kecewa terhadap sikap Kerajaan Malaysia yang begitu lemah dalam menangani wabak ini, seolah-olah mereka menganggap ringan masalah ini, tidak ada langkah yang kongkrit yang telah dilakukun kerajaan Malaysia dibawah PM Najib,. melainkan berbagai nasihat saja yang diberi,.agar rakyat tidak kerap berada di khalayak ramai, tidak membiarkan anak-anak bermain ditempat awam dsb.

Akan tetapi kerajaan sambil lewa dalam menangani wabak ini, Menteri kesihatan telah gagal melaksanakan tugasnya untuk mengawal dan mengekang wabak ini dari terus merebak dan meragut nyawa rakyat Malaysia dari hari kehari yang semakin meningkat jumlahnya ,alangkah baiknya beliau Meletakkan jawatan dengan kadar segera dan berikan kepada orang lain yang lebih mampu untuk menggalas tugas sebagai menteri Kesihatan.

Begitu juga dengan PM dan timbalannya, tidak ada satupun idea daripada kedua-dua pemimpin negara ini yang boleh meyakinkan rakyat Malaysia untuk mengekang wabak maut ini. Yang mereka sibukkan adalah berpolitik. seolah-olah sudah tidak dapat lagi membezakan antara tugas seorang pemimpin rakyat dengan tugas pemimpin politik.

Sungguh malang rasanya menjadi rakyat Malaysia pada hari ini, kerana para pemimpin lebih mementingkan "survival" politik mereka daripada mementingkan "survival" rakyat yang kini diambang "MAUT".

Pemimpin negara khasnya PM dan timbalannya hari ini lebih takutkan kelibat Dato'seri Anwar yang mereka labelkan sebagai Pengkhianat Negara, mereka lebih takutkan seorang insan bernama Anwar ini lebih dari takutkan wabak H1N1 yang sentiasa bersedia membunuh Rakyat Malaysia.

Yang mana lebih bahaya antara D.S.Anwar denga wabak H1N1 ?.... Cubalah berfikir secara waras wahai Pemimpin Negaraku ?... Kedudukan yang kamu miliki darimana asalnya ?.. Buktikan seloganmu yang hari-hari bergema disetiap ruang udara Malaysia ini,. "Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan ".

Di United Kingdom yang mempunyai kadar kes yang lebih tinggi daripada Malaysia,hanya mencatat kematian sejumlah 41 orang tetapi di Malaysia sampai setakat ini sudah mencecah 56 orang. sebab apa Malaysia mencatat kematian yang lebih tinggi ? Jawabannya ialah Kerajaan Malaysia tidak bersungguh untuk mengekang wabak ini,. Rakyat tidak didahulukan, Pencapaian politik lebih diutamakan.. ITU HAKIKAT NYA...

Itu belum lagi saya menyentuh bab-bab yang lain seperti isu PPSMI, mansuhkan ISA dan isu Bubar DUN Perak,..dimana slogan Rakyat Didahulukan?.....

Mengapakah kerajaan tidak mendahulukan suara rakyat yang mahukan isu PPSMI dan Undang-undang Zalim ( ISA ) dimansuhkan dan DUN Perak dibubarkan untuk mengembalikan hak rakyat untuk memilih wakil-wakil mereka.

Jangan hanya pandai membuat Retorik saja, akan tetapi tidak ada keinginan untuk melaksanakannya,.janganlah perbodohkan rakyat dengan pelbagai Slogan. rakyat mahukan PERLAKSANAAN yang membawa keuntungan kepada rakyat. Rakyat mahukan PEMBELAAN yang sewajarnya, bukan berlebih-lebihan.

Kuasa yang ada ditangan kamu adalah bukan kuasa mutlak,.semua hanyalah sementara.. Dari Rakyat dan untuk Rakyat,..bukannya Dari Rakyat untuk Kamu dan Keluarga Kamu.

Hentikanlah permusuhan politik buat seketika ini,.tumpukan perhatian untuk sama-sama memerangi wabak maut ini,..

akhir sekali hentikanlah propaganda politik murahan, melalui akhbar, TV dan Radio kerana rakyat dah semakin Cerdik dan Pintar untuk menilai mana satu intan dan mana satu kaca,. Sebagai Pemimpin tunjukkanlah tauladan yang baik terhadap orang-orang dibawah kamu.

Kepada seluruh Rakyat Malaysia,. berhati-hati dan waspada, gunakan "facemask" ketika keluar rumah,..awasi anak2 anda,..ingat wabak H1N1 tidak mengenal usia dan keturunan... Sediakan apple hijau dirumah anda jika ada ahli kelurga kita yang terasa nak demam ,sakit2 badan dan tekak segera blend kan apple hijau ini dan beri dia minum sekerap yang mungkin.

wassalam.



/tranungkite

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost