Friday, August 14, 2009

H1N1: PKPIM Dakwa IPT Tidak Serius Soal Keselamatan Pelajar :- Nizar/Zambry & Najib Altantuya


Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) mendakwa Institusi Pengajian Tinggi (IPT) kurang memberi perhatian terhadap soal keselamatan dan kebajikan pelajar berhubung pengawasan wabak Influenza A atau lebih dikenali sebagai virus H1N1.

Exco PKPIM, Hafidz Hakimi Haron berkata, hal demikian (kurang memberi perhatian) bukan sahaja berlaku di beberapa kolej swasta, malahan turut membabitkan beberapa pusat pengajian tinggi terkemuka di ibu negara.

Kata beliau, walaupun sudah terdapat beberapa amaran bertulis yang telah dikeluarkan oleh pihak terbabit, namun, apa yang mendukacitakan, amaran tersebut hanya sekadar tertulis di kain rentang dan notis-notis ringkas yang dikeluarkan oleh pihak pentadbiran IPT terbabit.

“Sedangkan penularan wabak seperti ini tidak seharusnya dipandang enteng memandangkan ia membabitkan soal keselamatan dan kebajikan golongan pelajar,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.
.
PKPIM juga katanya, melahirkan rasa kecewa dengan polisi sesetengah universiti yang merahsiakan jumlah jangkitan sebenar wabak ini di sesebuah pusat pengajian.

Katanya, walaupun tindakan tersebut dapat membendung gejala panik di kalangan penuntut namun, dari perspektif yang lain, pelajar akan lebih cenderung untuk bersikap acuh tidak acuh di dalam mempersiapkan diri untuk menangani penularan wabak ini.

“Lebih memalukan, terdapat beberapa pusat pengajian tinggi yang bertindak menafikan hak pelajar untuk menangguhkan kuliah pengajian sedangkan wabak tersebut dilihat semakin rancak menular di dalam kawasan kampus.

“Mungkin sahaja alasan yang paling munasabah oleh pihak terbabit adalah bagi mengelakkan tanggungan kos kerugian yang besar, mahupun hendak mengelakkan gangguan takwim akademik sesebuah universiti tetapi alasan sedemikian dilihat tidak tepat oleh kerana kebajikan dan keselamatan para mahasiswa atau pelajar haruslah diutamakan berbanding faktor keuntungan semata-mata,” ujar beliau..

Sejak 23 Julai yang lalu sehingga kini, seramai ratusan warga Malaysia telah dijangkiti virus ini membabitkan sebanyak 51 nyawa terkorban.

Menurut perangkaan yang telah dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), virus ini berpotensi untuk mengorbankan seramai 5,000 hingga 28,000 penduduk sekiranya seramai 0.1%-0.5% dijangkiti wabak ini.-/siasahdaily

MyKampungku

Reactions:

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost