Saturday, August 15, 2009

H1N1: PKR Gesa Kabinet Isytihar Darurat :- Nizar vs Najib Altantuya


Kabinet digesa mengisytiharkan darurat segera bagi membolehkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) melakukan penyelidikan semua peringkat dan kawasan sebagai langkah membendung penularan wabak H1N1 semakin serius di negara ini.

Naib Presiden PKR, Dr Lee Boon Chye berkata, pengisytiharan darurat amat penting untuk memberi peluang MKN menjalankan koordinator, penyelidikan dan menguruskan penularan wabak selesema babi di negara ini meliputi semua bahagian, termasuk jabatan kerajaan dan swasta.

“Selain mengaktifkan Pelan Pelaksanaan Kesiapsiagaan Pandemik Influenza Kebangsaan 2006, kerajaan perlu mengisytiharkan darurat segera memandangkan wabak ini merebak dengan lebih cepat dan menyebabkan peningkatan kadar kematian setiap hari yang membuatkan rakyat panik.

“Wabak selesema babi ini terlalu kritikal. Jika langkah keseluruhan menangani wabak ini tidak dilakukan dengan bersungguh-sungguh, saya percaya kematian akan terus meningkat dari masa ke semasa. Adakah kerajaan akan menunggu sehingga ribuan rakyat mati akibat selesema babi ini baru hendak bertindak,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, semalam.

Boon Chye turut menyifatkan peningkatan kadar pesakit yang menghidap selesema babi disebabkan tidak dapat dikesan akibat tiada pemeriksaan terperinci pihak klinik dan hospital kerajaan terhadap pesakit yang mengadu menghidap demam.

“Jumlah kes sebenar adalah lebih tinggi daripada kes yang direkodkan oleh Kementerian kesihatan Malaysia setiap hari memandangkan masih ada pesakit yang menghidap selesema babi yang mendapatkan rawatan namun dikatakan bebas daripada H1N1.

“Secara keseluruhan, sebenarnya kerajaan masih gagal dalam menangani penularan wabak selesema babi dari peringkat awal lagi kerana tidak berjaya menghalang kemasukan wabak tersebut ke negara ini di samping peningkatan jumlah yang: dijangkiti dan kematian setiap hari,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Gopeng berkata, satu jawatankuasa khas membabitkan pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) perlu dibentuk segera bagi bekerjasama dalam usaha menangani wabak Influenza A (H1N1).

“Dengan mengetepikan fahaman politik masing-masing, idea kedua-dua parti itu boleh dikongsi bersama dalam menyelesaikan masalah negara yang membimbangkan rakyat ini.-/sinarharian

MyKampungku

1 comments:

Anonymous said...

Tak payah belum hit target lagi 5000-28000 kematian,baru kita bincang.Sekarang kita sibuk pelihanraya kecil Permt P.yg penting dan mesti dimenangi.Perkara tak mustahak kena tunggu ya.

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost