Monday, August 10, 2009

H1N1: SAH 3 Maut Akibat SELSEMA BABI Di Sarawak :- Nizar vs Najib Altantuya

Dua kematian pada Khamis lepas didapati positif H1N1: Dr Chan

KUCHING: Jumlah kematian akibat wabak Influenza A(H1N1) di negeri ini me-ningkat kepada tiga kes apabila dua kes maut pada Khamis lepas disahkan positif H1N1.

Pengerusi Jawatankuasa Bantuan Bencana Alam Ne-geri Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan yang mengesahkan perkara itu berkata kedua-dua pesakit telah meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Umum Sarawak pada hari berkenaan.

“Ujian klinikal yang diperolehi semalam mengesahkan kedua-dua mangsa meninggal dunia akibat H1N1.

“Kes yang disahkan positif ini membabitkan seorang wanita mengandung berusia 26 tahun berasal dari Sri Aman dan seorang lelaki pesakit asma berumur 47 tahun dari Kuching,” katanya ketika dihubu-ngi semalam.

Dr Chan yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata keputusan ujian klinikal daripada Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu itu sepatutnya diketahui Jumaat lepas.

Ketika ini ujian klinikal dilakukan di luar Sarawak iaitu di Kota Kinabalu dan Pusat Penyelidikan Perubatan (IMR) di Sungai Buloh, Selangor.

Pada 3 Ogos lepas, Sarawak mencatat kematian pertama akibat wabak H1N1 dengan mangsanya seorang wanita berusia 23 tahun dari Miri.

Setakat ini, sebanyak 175 kes H1N1 dicatatkan di seluruh negeri dengan 180 kes tem-patan direkodkan dan 25 jangkitan import.

Manakala 205 kes lagi masih menunggu laporan ujian klinikal.

Sementara itu di KOTA KINABALU, lapan lagi kematian akibat H1N1 disah- kan semalam, menjadikan jumlah kematian kepada 26 di negara ini.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata tujuh kematian melibatkan kumpulan berisiko tinggi dan sesetengahnya dilaporkan lewat berikutan bedah siasat untuk kajian dan pengesahan punca kematian.

Beliau berkata satu kematian dicatatkan pada 3 Ogos, diikuti dua lagi (5 Ogos), empat (6 Ogos) dan satu lagi pada 8 Ogos, katanya kepada pemberita dalam majlis penamaan semula Hospital Likas kepada Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah semalam.

Liow berkata dua daripada kes itu adalah dari Sabah.

Katanya yang pertama me-libatkan seorang wanita obe-sity (lebih berat badan) ber-umur 24 tahun yang dirawat di Hospital Ranau pada 1 Ogos, yang mengalami demam dan batuk selama empat hari.

Wanita itu kemudian di- rujuk ke Hospital Queen Eli-zabeth pada 5 Ogos dan me-ninggal dunia pada hari yang sama.

Satu lagi kes melibatkan lelaki berumur 74 tahun yang menghidap sakit jantung kronik yang dimasukkan ke hospital berkenaan pada 3 Ogos, yang mempunyai sejarah mengalami masalah kesukaran bernafas selama sebulan dan demam selama sehari sahaja.

Lelaki itu meninggal dunia pada 6 Ogos.
BorneoPost

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost