Wednesday, August 5, 2009

Inkues Kematian Teoh: DARURAT WABAK SELSEMA BABI (H1N1 INFLUENZA A) - Nizar vs Najib Altantuya


"KENYATAAN AKHBAR
ZULKIFLI BIN NOORDIN
AHLI PARLIMEN BANDAR BHARU
Isnin 12 Sya'ban 1430 / 03 Ogos 2009

Wabak H1N1 telah meragut mangsa terbaru iaitu seorang ibu muda berumur 24 tahun di Sarawak yang baru sahaja melahirkan seorang bayi 2 minggu lepas. Mutakhir ini wabak tersebut meragut nyawa mangsa yang sihat dan tidak bermasalah. Di Malaysia setakat ini wabak tersebut telah meragut 7 nyawa dan membabitkan 1429 mangsa. Di peringkat dunia setakat ini wabak H1N1 Influenza A ini telah meragut 1,301 mangsa seluruh dunia dengan 183,826 mangsa ditimpa penyakit ini.

Perkembangan mutakhir ini menunjukkan peningkatan yang sangat-sangat membimbangkan. Kita juga khuatir kerana meningkatnya wabak ini secara transmisi dalaman dan bukan diimpot. Malahan ketiadaan pengesanan wabak ini dipintu masuk utama negara akhir-akhir ini menunjukkan kegagalan pihak berkuasa mengesan wabak ini dengan efektif.

Dengan berleluasanya pandemik wabak H1N1 Influenza A ini tidak memberi pilihan kepada kerajaan selain mengisytiharkan Darurat di bawah Arahan 20 NSC untuk membolehkan langkah dan tindakan berkesan mengekang dan menangani wabak H1N1 Influenza A ini melalui Majlis Keselamatan Negara yang diberi kuasa yang sewajarnya.

Diantara langkah-langlah yang perlu diambil adalah:

1. Mengisytiharkan epidemik wabak H1N1 Influenza A atau Selsema Babi ini sebagai darurat dan menggunapakai Arahan 20 Majlis Keselamatan Kebangsaan (NSC) untuk membolehkan Majlis Keselamatan Negara diperingkat kebangsaan, negeri dan daerah untuk menyelaras semua agensi kerajaan dan bukan kerajaan untuk mengekang dan menangani epidemik ini;

2. Mewajibkan pengimbasan tubuhbadan disemua tempat masuk tempat-tempat awam dan persendirian dimana orang ramai berkumpul atau berhimpun saperti sekolah, hotel, tempat ibadah, pasaraya-pasaraya, kompleks sukan, pejabat kerajaan, restoran, kilang-kilang dan lain-lain;

3. Menyediakan kemudahan kit-ujian H1N1 Influenza A disemua tempat perubatan, klinik, hospital kerajaan dan swasta dan semua kilinik-kilink persendirian serta Persatuan Bulan Sabit Merah;

4. Memastikan bekalan yang mencukupi untuk pengubatan anti-H1N1 Influenza A (Tamiflu) pada setiap masa;

5. Menyemak semula dan memperketatkan langkah-langkah pengimbasan dan pemeriksaan disemua pintu masuk negara .

6. Sentiasa bersikap transparen dan telus kepada rakyat mengenai keadaan sebenar wabak ini dan membuat hebahan-hebahan disemua media massa dari masa ke semasa.

Sekian wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Isnin 12 Sya'ban 1430/ 03 Ogos 2009"
/Tranungkite

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost