Mendiang Teoh Beng Hock berada dalam keadaan gelisah dan tidak tenang sewaktu beberapa orang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ingin merampas komputer riba dan CPU miliknya di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor pada 15 Julai lalu.
Pegawai Penyiasat SPRM, Mohd Anuar Ismail berkata mendiang juga dilihat mundar-mandir dalam keadaan gelisah sewaktu berada di ruang pentadbiran pejabat SPRM apabila beliau tiba di pejabat tersebut untuk dirakam keterangan sekitar pukul 6 petang hari yang sama.
"Malah sepanjang perjalanan saya dimaklumkan Teoh sentiasa memegang telefon dan beberapa kali menghubungi seseorang dan bercakap dalam bahasa Cina (Mandarin)," kata Mohd Anuar dan menjelaskan Teoh memandu keretanya sendiri ke pejabat SPRM di Plaza Masalam dengan diiringi dua orang pegawai SPRM.
Menurut Mohd Anuar lagi si mati juga tidak tenang ketika berada dalam pejabat SPRM sebelum beliau disoal siasat.
"Ketika berada dalam pejabat SPRM pada perhatian saya si mati gelisah dan tidak tenang," katanya.
Teoh, 30, pembantu politik kepada Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah merupakan individu yang bertanggungjawab menyediakan tuntutan dan mengesahkan kerja-kerja yang menggunakan peruntukan bagi pihak ADUN Seri Kembangan itu.
Mendiang ditemui mati pada 16 Julai lalu di tingkat lima Plaza Masalam, selepas memberi keterangan sebagai saksi siasatan penyalahgunaan wang kerajaan negeri Selangor kepada SPRM Selangor yang berpejabat di plaza itu.
Mohd Anuar juga menjelaskan bahawa si mati tidak dapat menjawab beberapa soalan berkaitan beberapa dokumen yang diperolehi daripada laptop miliknya.
Menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai dokumen berkenaan, Mohd Anuar memberitahu mahkamah bahawa pihaknya telah mencetak empat keping dokumen berupa sebut harga daripada empat buah syarikat.
Beliau berkata demikian pada sesi soal balas oleh peguam pemerhati SPRM, Datuk Abdul Razak Musa di hadapan Koroner Azmil Muntapha Abas pada prosiding hari ini.
Malah Abdul Razak turut mengemukakan permohonan kepada mahkamah supaya nota keterangan Teoh yang dirakamkan oleh pihak SPRM semasa menyoal siasat si mati ditandakan sebagai barang kes.
"Saya mohon kepada mahkamah supaya nota keterangan Teon ditanda sebagai barang kes.
"Ini dapat menentukan bahawa si mati takut untuk menghadapi realiti... atas dasar ini ianya relevan dalam inkues ini," kata Abdul Razak.-/mstar
Tuesday, August 25, 2009
Inkues Teoh: Mendiang Kelihatan Gelisah Semasa Di SPRM :- Nizar @ Najib Altantuya
5:41 PM
miaq_kpg
No comments
Aku...
nuff
Followers
Komen Terkini
Categories
- Anti ISA (54)
- DAP (182)
- H1N1 (13)
- HOME (35)
- Israel (1)
- Isu semasa (353)
- Kartika (6)
- Liwat 2 (1)
- Liwat2 (2)
- malaysiakini (1341)
- Manek Urai (155)
- MCA (45)
- Melayu (129)
- MIC (18)
- Muara Tebas (18)
- Najib (1)
- Najib-Altantuya (4)
- PAS (445)
- Perak (184)
- PKFZ (100)
- PKR (180)
- Politik (465)
- PPSMI (22)
- PRK Bagan Pinang (103)
- PRK Hulu Selangor (12)
- PRK Permatang Pasir (93)
- PRK Sibu (2)
- Sarawak (53)
- SPRM (187)
- Teoh (83)
- UMNO (317)
Labels
- Anti ISA (54)
- DAP (182)
- H1N1 (13)
- HOME (35)
- Israel (1)
- Isu semasa (353)
- Kartika (6)
- Liwat 2 (1)
- Liwat2 (2)
- malaysiakini (1341)
- Manek Urai (155)
- MCA (45)
- Melayu (129)
- MIC (18)
- Muara Tebas (18)
- Najib (1)
- Najib-Altantuya (4)
- PAS (445)
- Perak (184)
- PKFZ (100)
- PKR (180)
- Politik (465)
- PPSMI (22)
- PRK Bagan Pinang (103)
- PRK Hulu Selangor (12)
- PRK Permatang Pasir (93)
- PRK Sibu (2)
- Sarawak (53)
- SPRM (187)
- Teoh (83)
- UMNO (317)
0 comments:
Post a Comment