Monday, August 10, 2009

Isu Kpg Buah Pala: Speaker Halau Wakil DAP Keluar Dewan :- Nizar vs Najib Altantuya


ADUN Datuk Keramat dari DAP, Jagdeep Singh Deo hari ini diarah keluar daripada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) kerana keengganannya menarik balik perkataan "perompak" terhadap BN.

"Saya minta Yang Berhormat Datuk Keramat untuk tarik balik perkataan itu atau saya terpaksa arahkan keluar dewan," kata Speaker Datuk Abdul Halim Hussain.

Speaker mengarahkan Jagdeep keluar dewan pada kira-kira jam 12.30 tengah hari berikutan ADUN Datuk Keramat itu enggan berbuat demikian kerana mendakwa beliau tidak merujuk kepada kepada mana-mana individu yang berada dalam dewan, lapor Bernama.

Kekecohan berlaku ketika Jagdeep bangun untuk mendapatkan penjelasan daripada Timbalan Ketua Menteri II P Ramasamy berhubung isu Kampung Buah Pala.

"Kerajaan negeri dahulu merompak Kampung Buah Pala dan "dia" berada di sini," katanya.

Ketua pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim (BN-Penaga) yang tidak berpuas hati dengan kenyataan Jagdeep itu meminta Abdul Halim mengarahkan Jagdeep untuk menarik balik kenyataannya.

Jagdeep akhirnya akur dengan arahan Speaker dan meminta Abdul Halim menyatakan tempoh hukuman terhadapnya itu.

"Tempohnya sampai tengah hari ini," kata Abdul Halim.

Tindakan Speaker mengarahkan Jagdeep keluar dewan itu menyebabkan R S N Rayer (DAP-Seri Delima) tidak berpuas hati dan meminta Speaker mengarahkan Azhar keluar dewan sehingga menimbulkan pertikaman lidah antara kedua-dua wakil rakyat itu.

"Saya tidak mahu isu ini dipanjangkan lagi, kalau tidak Yang berhormat pun keluar dewan juga," kata Speaker. - /malaysiakini

MyKampungku

Reactions:

2 comments:

Anonymous said...

Sivakumar!It's a shame on u!!The state govn is trying their best to help the indians of kampung buah pala and you are the 1 to disturb and backfire them!!Your action will kill off them only!!Don't be so greedy!!A double story house worth RM600,000 is more than enough for them!!What do u expect more?A 3.5 million house for them??It does not make any sense!!!HINDRAF!!Fight for the best of the indians n not for alnajib or umno!!Your act is like umno!!Using racial especially this poor indian group as your main bullet??Bullshit!!Penangite are damn bored witht his issue when we sees the state govn is trying their best to help them while HINDRAF n sivakumar are backfiring??What a funny world for both!!

Anonymous said...

Great very nice information you posting......... keep moving........

___________________
Smarry
Online Marketing of your brand

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost