Thursday, August 6, 2009

Jeff Ooi Perlu Tarik Balik Kenyataan Dan Minta Maaf - Guan Eng :-Inkues Teoh & Nizar vs Najib Altantuya


Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng meminta Anggota Parlimen Jelutong, Jeff Ooi supaya menarik balik kenyataannya yang menamakan Jemaah Islah Malaysia (JIM) sebagai pertubuhan 'ekstremis agama'.

Katanya jika Ooi ada mengeluarkan kenyataan yang menggambarkan JIM sebagai sebuah pertubuhan ekstremis agama, beliau berpendapat Ooi perlu meminta maaf, namun menurutnya bagi kerajaan negeri pula ia tidak pernah menganggap pertubuhan itu sebagai ekstremis.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini Lim berkata beliau
bagaimanapun menyerahkan perkara itu untuk ditangani oleh Ooi sendiri, yang kini berada di luar negara.

Ooi yang merupakan ketua staf di Pejabat Ketua Menteri dilaporkan berkata ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohd Razali Abdullah adalah ekstremis agama kerana beliau dikaitkan dengan Jemaah Islah Malaysia (JIM).

Ooi juga dilaporkan berkata MPPP tidak seharusnya membenarkan seorang "ekstremis agama" berada di dalam pentadbirannya dan kerajaan negeri dilihat mewujudkan teladan yang berbahaya apabila membenarkan seorang ekstremis agama menyusup masuk ke dalam sistem kerajaan tempatan.

Terdahulu wakil Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang Khairil Annuar Kamarudin menghantar satu memorandum yang menggesa Lim supaya meminta Ooi meminta maaf terhadap kenyataannya itu.

"Kami mungkin akan membuat laporan polis atau mengambil tindakan undangundang terhadap Ooi sekiranya dia masih enggan memohon maaf," katanya.

Semalam Forum Penyelarasan Umat Pulau Pinang (Forum) turut menggesa Ooi memohon maaf kepada kaum Muslim dan meletak jawatan sebagai ketua staf pejabat Ketua Menteri kerana mengeluarkan kenyataan yang dianggap menghina Islam.-/mstar

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost