Monday, August 31, 2009

Liow Bakal Dilantik Timbalan Presiden MCA? :- Nizar nt Najib Altantuya


Naib Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai enggan membesar-besarkan spekulasi bahawa beliau akan dinamakan bagi mengisi kekosongan jawatan timbalan presiden setelah Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dipecat dari parti Rabu lalu ekoran isu skandal seksnya dua tahun lepas.

Menteri Kesihatan itu berkata perkara tersebut tidak pernah terlintas di fikirannya.

"Saya tak pernah terfikir atau terlintas dalam fikiran saya (mengenai soal pelantikan itu)," katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Hari Kemerdekaan ke-52 di Bangunan Parlimen di sini hari ini.

Liow berkata soal kedudukan dalam parti tidak penting, tetapi para ahli parti mesti bersatu dalam menghadapi krisis parti.

"Yang penting ialah kekuatan parti dan kita mesti bersatu padu untuk selesaikan masalah ini dengan cepat," katanya.

Berikutan pemecatan Chua, Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat hari ini telah mengarahkan supaya diadakan mesyuarat agung luar biasa parti, yang difahamkan antara tujuannya ialah untuk mendapat sokongan perwakilan terhadap keputusan Majlis Presiden memecat Chua.- Bernama

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost