Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat memintas usaha penyokong Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, dengan mengarahkan supaya mesyuarat agung luar biasa parti itu diadakan dalam tempoh 30 hari.
Pengumuman itu dibuat di tengah-tengah usaha penyokong Chua untuk mendapatkan tandatangan perwakilan MCA bagi mengadakan EGM bagi membatalkan pemecatan timbalan presiden parti itu.
Hari ini, Ong mengarahkan setiausaha MCA supaya mengadakan EGM itu dalam tempoh 30 hari ini.
Ketika mengumumkan perkara itu pagi ini, Ong berkata, beliau menggunakan Klausa 30.1 perlembagaan parti untuk mengarahkan setiausaha agung parti itu, Wong Foon Meng memanggil EGM tersebut.
Menurutnya, EGM itu bertujuan untuk menyerahkan kepada perwakilan untuk memutuskan pendirian mereka mengenai kontroversi yang melanda parti itu.
Ong kini berdepan dengan kumpulan penyokong Chua yang dipecat dari parti itu minggu lalu berkaitan kes skandal seksnya.
Lima usul
Sementara itu itu, lamanweb Nanyang Siang Pau melaporkan Chua sebagai berkata penyokongnya akan tetap memungut tandatangan perwakilan untuk mengadakan EGM yang lain.
Chua memberitahu demikian selepas mengadakan pertemuan dengan ahli MCA dari Kedah dan Pulau Pinang hari ini.
Ini merupakan majlis pertama dihadirinya selepas dipecat dari MCA minggu lalu.
Sementara itu, akhbar-akhbar berbahasa Cina melaporkan bahawa penyokong Chua akan membentangkan lima resolusi di EGM yang bakal diadakan itu, iaitu:
1. Usul tidak percaya terhadap presiden MCA, Tee Keat.
2. Membatalkan keputusan majlis presiden dan jawatankuasa pusat (jika dibuat) untuk memecat Chua.
3. Menuntut Chua dikembalikan ke jawatan timbalan presiden MCA.
4. Menolak sebarang pelantikan untuk sebarang jawatan oleh jawatankuasa pusat, termasuk jawatan timbalan presiden, sebelum EGM diadakan.
5. Menolak aduan dan tindakan disiplin terhadap mereka yang memanggil EGM diadakan.
Resolusi 3 dan 4 ditambah bagi mengelak puak Ong daripada melantik calon lain bagi mengisi jawatan nombor dua parti.
Calon utama untuk mengisi jawatan tersebut adalah Naib Presiden MCA, Datuk Liow Tiong Lai, yang merupakan penyokong kuat Ong. Liow juga merupakan menteri kesihatan.
/malaysiakini
Monday, August 31, 2009
Nizar nt Najib Altantuya: Krisis MCA - EGM Pro Chua vs EGM Pro Ong
8:38 PM
miaq_kpg
No comments
Aku...
nuff
Followers
Komen Terkini
Categories
- Anti ISA (54)
- DAP (182)
- H1N1 (13)
- HOME (35)
- Israel (1)
- Isu semasa (353)
- Kartika (6)
- Liwat 2 (1)
- Liwat2 (2)
- malaysiakini (1341)
- Manek Urai (155)
- MCA (45)
- Melayu (129)
- MIC (18)
- Muara Tebas (18)
- Najib (1)
- Najib-Altantuya (4)
- PAS (445)
- Perak (184)
- PKFZ (100)
- PKR (180)
- Politik (465)
- PPSMI (22)
- PRK Bagan Pinang (103)
- PRK Hulu Selangor (12)
- PRK Permatang Pasir (93)
- PRK Sibu (2)
- Sarawak (53)
- SPRM (187)
- Teoh (83)
- UMNO (317)
Labels
- Anti ISA (54)
- DAP (182)
- H1N1 (13)
- HOME (35)
- Israel (1)
- Isu semasa (353)
- Kartika (6)
- Liwat 2 (1)
- Liwat2 (2)
- malaysiakini (1341)
- Manek Urai (155)
- MCA (45)
- Melayu (129)
- MIC (18)
- Muara Tebas (18)
- Najib (1)
- Najib-Altantuya (4)
- PAS (445)
- Perak (184)
- PKFZ (100)
- PKR (180)
- Politik (465)
- PPSMI (22)
- PRK Bagan Pinang (103)
- PRK Hulu Selangor (12)
- PRK Permatang Pasir (93)
- PRK Sibu (2)
- Sarawak (53)
- SPRM (187)
- Teoh (83)
- UMNO (317)
0 comments:
Post a Comment