Thursday, August 20, 2009

Pemuda PAS Perak, Jangan Halang Program Zambry :- Nizar vs Najib Altantuya


Ketika saya menonton berita Astro Awani sebentar tadi, saya tersentak dengan sidang media oleh penolong setiausaha Pemuda Pas Perak yang membantah program Zambry memberikan tazkirah di masjid atas alasan melanggar titah Tuanku Raja Muda agar masjid tidak dipolitikkan.

Bagi saya kenyataan sebegini satu tindakan yang salah dan memerangkap diri sendiri, kalau begini mentaliti kita untuk melawan Umno. Kita sama sahaja dengan Umno, menghalang proses demokrasi. Yang tahu halang , halang, dan halang. Mengapa perlu menghalang Zambry MB Haram itu untuk memberi Tazkirah?

Kita seharusnya melawan seperti anak jantan bukan membuat kenyataan yang bakal menyusahkan gerakan kita sendiri. Apakah pemuda Pas buta atau tidak nampak selama ini Nizar juga sering memberikan tazkirah di masjid? Atau mahu mengikut rentak Umno.

Jangan jadi Umno! mereka boleh buat apa sahaja, dan aktiviti Pakatan sering dihalang. Malah tok guru sering mengatakan , masjid dan politik tidak dapat dipisahkan, ia bukan bermakna kita berpolitik kepartian di masjid. Jangan nanti Umno ambil peluang mengatakan Nizar menggunakan masjid untuk tujuan politik.

Bila Zambry sudah mula datang ke masjid dan memberi tazkirah, itulah sebenarnya peluang kita untuk mengikut rentak Zambry. Malah Bulan Ramadhan yang bakal menjelma adalah peluang bagi Nizar untuk membuat penjelajahan dan membangkitkan semangat dan kesedaran politik rakyat keatas kezaliman Kerajaan UMNO.

Medan tazkirah adalah satu peluang yang amat penting bagi kita membangkitkan kesedaran Rakyat. Saya sendiri yakin Nizar mempunyai “aura” dalam tazkirahnya untuk memikat setiap jemaah yang mendegarnya. Jadi apa perlu kita takut. Pemuda Pas seharusnya belajar bagaimana melakukan gerak kerja dan menyusun organisasi dalam menggerakkan kesedaran rakyat.

Bulan Ramadhan adalan peluang yang sentiasa terbuka luas untuk Parti Islam seperti PAS untuk menimbulkan kesedaran dan membantu Nizar melakukkan penjelajahan di setiap Masjid dan kariah. Malah pelbagai program agama dan sambutan boleh dilakukan setiap cawangan Pas untuk menghidupkan bulan Ramadhan disamping menggunakan peluang mendekati rakyat.

Akhir sekali saya begitu kecewa dengan kenyataan wakil pemuda Pas Perak, saya tidak tahu atas arahan siapa dia membuat kenyataan media, atau memandai mandai sendiri. Bagi saya kenyataan seperti ini tidak matang dan tidak juga mematangkan kita dalam keterbukaan demokrasi. Apa yang lebih penting jangan sesuatu kenyataan itu memerangkap diri sendiri.

Lawan Tetap Lawan

oleh Reformis Muda@perakexpress

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost