Wednesday, August 12, 2009

Perkembangan Inkues Kematian Teoh Beng Hock Hari Ini (RABU) :- Nizar vs Najib Altantuya

BERIKUT adalah perkembangan inkues kes kematian Teoh Beng Hock hari ini (Rabu, 12 Ogos). Prosiding diteruskan pagi ini.

3.20 petang: Mahkamah ditangguh hingga esok. Tan menjelaskan bahawa akan memanggil CSI sebagai saksi pada sebelah pagi esok.

3.15 petang: Saksi ke-12 dilepaskan.

3.05 petang: Saksi ke-12, Inspektor Mohd Zaidi, pegawai makmal forensik PDRM tampil memberi keterangan.

3 petang: Saksi ke-11 selesai memberi keterangan. Saksi dilepaskan.

2.35 petang: Prosiding disambung semula. Saksi ke-11 kembali menyambung keterangannya.

1.08 petang: Mahkamah berhenti rehat dan akan bersambung pada pukul 2 petang ini.

12.56 tengah hari: Rakaman CCTV dimainkan semula bagi membolehkan Gobind melihat rakaman tersebut.

12.40 tengah hari: Gobind Singh masuk ke mahkamah.

12.10 tengah hari: Saksi ke-11, memberithu mahkamah kelibat Teoh mula kelihatan pada jam 18:07:56. Bagaimanapun, muka Teoh tidak kelihatan kerana rakaman dibuat dari arah belakang. Namun individudalam rakaman tersebut dieprcayai Teoh berdasarkan bentuk badan dan pakaian.

12.05 tengah hari: Mahkamah kembali bersidang. Mahkamah ditunjukkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pada tarikh 15 Julai. Rakaman mula dimainkan dari jam 18:07:48

11.50 pagi: Situasi dalam mahkamah sesak dengan wakil media dan pemerhati awam. Terdapat juga sekurang-kurang 10 orang wakil media, orang awam termasuk pegawai penyiasat ASP Ahmad Nazri memakai topeng muka bagi mengelakkan penularan wabak Influenza A (H1N1).

11.30 pagi: Saksi ke-11, Mohd Zulaimi memaklumkan kepada mahkamah bahawa beliau telah merampas 'hard disk' rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari Plaza Masalam pada 17 Julai 2009. Hasil pemeriksaan menunjukkan Teoh memasuki plaza tersebut pada jam 18:08:55. Namun tarikh bagi rakaman berkenaan tidak dinyatakan.

11.05 pagi: Saksi ke-11 Inspektor Mohd Zulaimi Mohd Zubir, dari Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam dipanggil untuk memberi keterangan.

10.40 pagi: Oleh yang demikian, tan memohon untuk tampilkan 5 orang saksi iaitu paqsukan polis forensik yang pertama sampai di tempat kejadian. Koroner Azmil Muntapha memberi masa 10 minit supaya saksi-saksi tersebut bersiap sedia.

10.35 pagi: Prosiding bermula. Peguam bela dan penguam cara, Tan Hock Chuan memaklumkan saksi ke-10 Dr Khiarul yang sepatutnya menyambung keterangannya pagi ini masih tidak sihat. Malah saksi ke-11, Dr Prashant juga tidak berapa sihat.-/mstar

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost