Monday, August 17, 2009

(update) PKFZ: Ong Tee Keat Dakwa Mungkin Dipecat Kerana Teruskan Siasatan :- Nizar vs Najib Altantuya


HOT HOT HOT – PARTI BARU UNTUK TOWKAY CINA

SERANGAN HENDAP – ONG BAKAL DIGULINGKAN – merdeka review

Perbalahan antara Presiden MCA Ong Tee Keat dengan Ketua Eksekutif Kuala Dimensi Sdn Bhd, Tiong King Sing semakin hangat bahangnya, apabila Ong dilaporkan mendakwa dirinya mungkin dipecat, atau ditukar pangkat pada bila-bila masa, kerana meneruskan siasatan terhadap penyelewengan projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Sin Chew Daily memetik kata-kata pemimpin yang turut hadir dalam taklimat tertutup semalam, melaporkan Ong mendakwa dirinya dimaklumkan bahawa beliau bukanlah Presiden MCA yang disukai UMNO. Malah, Ong mendedahkan bahawa wujudnya kuasa dalam dan luar parti, yang sanggup menggulingkan Ong dengan RM100 juta.

Menurut laporan Sin Chew Daily, berdasarkan maklumat risikan yang terkumpul, Ong memberitahu bahawa sebuah parti baru bakal ditubuhkan, untuk menggantikan MCA dalam Barisan Nasional. Ong dituduh gagal mengembalikan sokongan masyarakat Cina terhadap BN, maka puak-puak tersebut kini "berkomplot" untuk menubuhkan parti baru untuk menggantikan MCA.

Sebelum ini, ketika ditemuramah beberapa media bahasa Cina, Ong Tee Keat berulang-kali menekankan bahawa dirinya menghadapi "serangan hendap" daripada musuh politik, malah diugut oleh kuasa kongsi gelap. Ong bagaimanapun enggan menamakan siapa sebenarnya dalang di sebalik "serangan hendap" yang dimaksudkan itu.

Nota T.T :
Parti politik baru untuk towkay Cina ini
akan memaksa ahlinya untuk menjadi
vegan atau sekurang-kurangnya vegeterian.
Ini bertujuan untuk memenangi hati KJ
yang anti-babi.

Parti ini juga tidak akan membenarkan ahli-ahlinya
menggunakan duit ringgit Malaysia. Ini satu cara
untuk menjauhkan ahli parti baru ini terperangkap
dalam kes merasuah yang selalu dilakukana
oleh towkay Cina terhadap kontrektor bumiputera.
Ahli parti ini akan digalakkan menggunkan buah
kurma sebagai mata wang. Buah kurma ini akan dapat
memancing hati orang melayu. Sekali gus duit baru
ini juga akan menutup tempat perjudian genting, toto, magnum
dan segala macam sarang perjudian.

Besar kemungkinan logo parti baru ini ialah gambar
serban diatas dacing. Ini serampang dua mata. Logo parti ini
akan mengaut ahli pas dan ahli umno.

Nama parti ini ialah Parti Ekshen Rakyat Semalaysia Untuk Alam Hadari –
atau pendeknya -. PERASUAH -

Petikan Dari :http://tukartiub.blogspot.com/

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost