Monday, August 24, 2009

PKFZ / Ong vs Tiong: Tee Keat Saman Fitnah RM500 Juta! :- Nizar/Teoh vs Najib Altantuya


Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Kiat pagi Isnin, memfailkan saman fitnah sebanyak RM500 juta terhadap Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Dimensi Sdn Bhd, Datuk Seri Tiong King Sing kerana memfitnah beliau.

Peguam Ong, Ronnie Tan berkata, saman tersebut telah difailkan di Mahkamah Tinggi di sini.

Bercakap kepada para pemberita di perkarangan Mahkamah Tinggi tadi, Ronnie menjelaskan, sekiranya menang, wang pampasan tersebut akan digunakan untuk tujuan amal dan pendidikan.

Katanya, pihak plaintif juga telah mengemukakan kepada mahkamah permohonan injuksi sementara bagi menghalang Tiong daripada terus menyatakan apa-apa dakwaan atau kenyataan ke atas Ong berkaitan isu ini.

Ong yang juga Menteri Pengangkutan memfailkan saman tersebut ekoran kenyataan yang dibuat oleh Tiong sebelum ini kononnya Ong telah menerima RM10 juta daripada Tiong sebagai satu bentuk "pinjaman" untuk aktiviti politik bahagian-bahagian MCA.

Ong menyifatkan dakwaan tersebut tidak berasas dan berniat jahat.-/mstar

MyKampungku

1 comments:

Anonymous said...

Kesian OTK. Diserang dari luar dan dari dalam. Tiada ada bantuan lansung dari UNMO/BN. Kalau OTK dipecat dari jawatan presiden MCA siapa akan menjadi pengganti dia? Mestilah CSL. Senanglah kontrol. Tak ikut arahan bukalah fail kes lucah VCD semula dengan alasan "kita menerima matlumat baru ....". Oleh itu jangan U mengaku kalah saudara OTK. Lawan tetap lawan.

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost