Agak-agak hangpa seronok kaa ? Poligami ni ? Atau sekadar seronok 1-2 jam, tapi sengsaranya esok, lusa tulat tak selesai-selesai sampai ke sudah. Sebab apa ? Hmm..! Bila mengenangkan umur yang dah hampir 40an ni, wak pun ada cuba bayangkan kalau wak kahwin dengan anak dara, katakan umur 22 tahun. Muka pulak ala-ala si Memey (si seksi tu laa..) Memang lah seronok beb ! Seronok fizikal kata orang.
Tapi kalau kita teringatkan tentang makan minum, kemas rumah dan kegemaran kita masa dulu2, rasanya tentu asyik teringatkan akan 'tangan' first wife kita...betul tak ? Tak perlu nak ajar, dia dah tahu apa yang kita suka. Cerita apa suka kat TV, teh atau kopi manis macam mana, hobi apa, sukan kegemaran...semua dia dah tahu. Tak perlu start balik macam zaman umur 20-an dulu.
Rasa-rasa dapat ke isteri muda yang cun melecun buat gitu ? entah2 lagi banyak ragam. Ingat nak seronok-seronok, alih-alih masuk kandang singa. Ye..lah dia muda, wak kan dah tua. Mesti dia kata wak ni mengada-ngada. Sure wak yang kena manjakan dia lebih, standard muda kan..mesti mintak lebih-lebih, diakan muda. Silap haribulan, dibuatnya dia lari lak, sapa yg susah, wak juga !! Sebenarnya isteri muda ni bukan macam yang dah bersama dengan kita sejak muda. Kalau kita rasa isteri tua banyak belanja, isteri yang muda pasti lagi teruk. Tak percaya ? Cubalah...! Tak pasal-pasal esok lusa ada yang bukak gerai jual pucuk ubi kayu tepi jalan ! Wakaka..!! Buat tambah pendapatan baru.
Eh, budak 20-an zaman sekarang bukan macam dulu, dengan handbeg Gucci, dengan nak tudung kain Turki dan henpon jenama Nokia E75 yang gila tu lagi. Ahhh..! Itu belum masuk bab kereta, paling korok pun mesti nak Vios atau City. Perempuan muda sekarang mana main naik kereta second-hand, nak ker dia bawak Proton Knight ? yang berharga RM2500 ajer sekarang ni ? Jangan harap ! Kalau tak bagi barang-barang tu, dia tak nak bagi 'barang' dia lak malam-malam...sapa yang susah ? Wak juga.
Sedangkan dengan isteri tua, awal-awal kahwin naik motosikal cabuk pun sanggup, berpanas berhujan, dukung anak kita dicelah motor pulak tu. Ahh..terkenang juga zaman 'miskin' dulu-dulu tu. Rumah dengan bini tua dulu pun setakat apartmet 2 bilik. Tidur atas tilam nipis, dapur pun kecik, perkakas pun tak banyak.
Oh ! Untuk isteri muda, kurang2 pun mesti nak duduk rumah teres dua tingkat, huh ! Tapi yang menakutkan kalau anak anak akan memberontak sakan. Yelah sekarang ni kan banyak kes bapak kahwin lain anak-anak lebih tertekan. Ramai jadi liar, hisap dadah, jadi mat rempit, wheely sana-sini dan bohsia. Sebab tension bapak kawin dan poligami.
Satu lagi, masyarakat. Masyarakat kita sering memandang serong pada keluarga yang bapak mereka kahwin lebih dari satu. Dan jika takdirnya ada anak dengan isteri baru, tentu kecik sangat lagi di masa kita dah tua dan memerlukan perhatian dari anak-anak. Kerana masalah sakit itu ini dah mula datang, lenguh lutut jangan kira lah..picit sana-sini pun dah jadi rutin.
Sedang rumah isteri muda tengah hiruk pikuk dengan anak-anak kecil (kan dah ada experience dengan isteri pertama -bagaimana kelam kabutnya menguruskan anak-anak selama 20 tahun),
tapi di rumah isteri tua, anak anak dah besar, boleh tolong mak dia pulak selain dok seronok bergurau senda bersama ibunya membincangkan topik-topik terkini dan juga kehidupan mereka. Duduk rumah bini muda pulak, yang tua-tua ni lak yang kena salin pampers dan bagi baby mandi. Hahaha...kalau tak buat, takut isteri muda merajuk pulak.
Tak boleh jadik nih. Banyak benda yang kena repeat. Mula mula kawin tentulah seronok. Paling lama setahun-dua. Bila dah ada anak, tanggungjawab baru bermula semula sebagaimana dengan isteri pertama dulu-dulu. Tapi masa ni kita dah tak larat nak basuh berak anak, nak pegi shopping beli baju anak-anak, nak dukung anak-anak. Kena pulak berjalan pun dah 'bertongkat' . Leceh lah nak kena teman isteri muda buat semua tu. Silap haribulan orang kata tengah pilih baju cucu. Hahaha..padan muka kau ! Paling takut, orang ingat isteri muda tu anak kita pulak..siap ada jantan nakal mintak nombor telefon. Cilakak ! Lagi haru !
Balik rumah mertua pulak, teringatkan masa akad nikah dulu, beria-ria kita nak kan anak dia, lepas tu kita kawin lagi satu. Tentu muka nih tak tahu nak letak kat mana. Orang tua tak kan nak straight to the point. Tanya itu ini. Kalau dia nak bercakap tentang tu cukup dengan jelingan dan kerlingan mata,buat kita dah tak senang duduk. Tak kan raya asyik balik umah mak mertua 'baru' aje. Apatah lagi kalau kita ni lak umur nak sama dengan mak-bapak mertua baru tu, hangpa boleh bayangkan kaa ? Banyak lagilah lah kalau nak tulis.
Bagi korang yang suka berbincang pasal benda yang indah-indah, kawin dua sampai empat nih silakanlah. Tapi bagi kita selagi hayat dikandung badan, selagi tu lah kita tak sanggup nak tambah. Bukan nak mendabik dada atau cakap besar.
Tapi jika sekadar menurutkan nafsu dan benda dalam seluar tu rasanya tak pernah kurang pun layanan isteri pertama terhadap kita. Keluarga ni, kita bina keluarga bahagia yang di depan mata. Bukannya yang di dalam kepala. Bukannya di dalam seluar dalam je !
Hadapi hari esok yang tentu dengan keluarga yang banyak mengharungi susah senang dari mula. Pengorbanan isteri (walaupun kadang kala dia pernah merungut, salah kita juga, cuai dan mengabaikannya) . Apa pun semuanya bermula dengan kita. Insaflah ! Kalau nak ikut nabi, rasa rasanya solat subuh pun kita terlepas kalau isteri tu tak kejutkan. Bukan nak kata solat Subuh, kekadang waktu lain pun terlambat atau terlepas. Baca Quran pun sekali-sekala, baca Yassin pun hanya bila ada orang meninggal. Ikut sunnah Nabi apa namanya tu ?
Tak payah lah yang lain-lain. Kang ada yang nangis bila disebutkan. Cukuplah. Apa sangatlah kita nih. Macam nabi konon...ye ke? Bab kawin-kawin aje nih cam nabi. Bab menegakkan benda dalam seluar dalam je nak ikut sunnah. Sekadar menulis, jangan marahkan wak yaaa.. !!
1 comments:
http://poligamiikhwan.org/portal/pelancaran-kelab
Majelis Pelancaran
Kelab Poligami Ikhwan
"Suami untuk dikongsi, bukan untuk diperebutkan"
Astaka Taman Tasik Titiwangsa, KL
Sabtu 15 Ogos 2009
09.00 - 12.00 tengahari
Saksikan Juga Persembahan :
Teater Muzikal Islam
dari Kumpulan
"Generasi Harapan"
(Adik beradik dari keluarga berpoligami)
JOM...
Masuk Percuma & Jamuan Disediakan
Penaung Bersama :
Global Ikhwan & Yayasan Kebajikan dan Perkhidmatan Perubatan Malaysia (YKPPM)
Info lengkap hubungi
012-2013512
019-5579306
019-2645313
Post a Comment