Wednesday, August 19, 2009

Surat Misteri Inkues Teoh, Koroner Arah Siasatan Baru - Inkues Kematian Teoh Beng Hock :- Najib Altantuya vs Nizar/Zambry


SHAH ALAM: Mahkamah Majistret hari ini mengarahkan siasatan dijalankan berhubung satu surat yang dipercayai mengandungi penemuan baru bagi membantu inkues kematian pembantu politik exco Selangor, Teoh Beng Hock.

Koroner Azmil Muntapha Abas mengeluarkan perintah kepada Pegawai Penyiasat, ASP Ahmad Nazri Zainal supaya menjalankan siasatan segera berhubung perkembangan terbaru itu.

Sebelum itu, pada prosiding hari ini, peguam yang mewakili keluarga Teoh, Gobind Singh Deo memaklumkan kepada mahkamah bahawa beliau menerima sepucuk surat yang mengandungi maklumat penting berhubung inkUes ini.

"Pada petang semalam iaitu selepas prosiding, saya menerima sepucuk surat yang mengandungi banyak perkara dan maklumat berkenaan dengan inkues, oleh itu saya minta supaya satu siasatan dijalankan dengan segera," kata Gobind.

Peguam pihak kerajaan, Tan Hock Chuan bagaimanapun taida bantahan terhadap permohonan tersebut.-/mstar

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost