Saturday, August 8, 2009

Suspek Pengganas Rakyat Malaysia Noordin Mat Top Berjaya DiBunuh :-Nizar vs Najib Altantuya


Suspek pengganas rakyat Malaysia, Noordin Mohammed Top terbunuh apabila polis anti-keganasan Indonesia menyerbu tempat persembunyiannya di Indonesia hari ini, lapor sebuah stesen TV tempatan di republik itu hari ini.

Stesen itu tidak mendedahkan sumber-sumbernya dan polis juga belum mengesahkan laporan tersebut, yang dibuat ketika ambulans tiba di tempat persembunyian tersebut selepas di kepung selama 17 jam oleh pasukan polis anti-keganasan Indonesia.

Menurut seorang saksi, dua beg mayat dibawa keluar dari rumah tersebut.

Pasukan tersebut menyerbu masuk ke rumah tersebut di Jawa Tengah selepas mengepungnya berkaitan siasatan terhadap insiden pengeboman di dua buah hotel di Jakarta sebelum ini.

Polis meletup dan melepaskan tembakan ke rumah berkenaan selepas mengepungnya sejak jam 4 petang semalam.

Sebelum ini, jurucakap polis berkata, empat atau lima orang dipercayai bersembunyi dalam rumah tersebut, tetapi beliau tidak dapat mengesahkan sama ada mereka termasuk Noordin.
Sementara itu, pihak berkuasa berkata dua pengebom berani mati telah dibunuh dalam satu lagi serbuan di Jakarta.-/malaysiakini

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost