Friday, August 21, 2009

Teoh Beng Hock: Saya Tak Tahu Siapa Pegawai Kanan SPRM Itu - Dr Khir :- Nizar vs Zambry-Najib Altantuya


Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo tiba-tiba telah menafikan tuduhan yang terkandung di dalam surat misteri yang dipercayai ditulis oleh orang dalam SPRM yang mengaitkan beliau di dalam kosnpirasi bersama dengan pegawai siasatan SPRM untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor.

“Tuduhan itu tidak benar,” kata mantan mentri besar Selangor tersebut dari Mekah, Saudi Arabia, apabila diberitahu mengenai surat tersebut. “Saya tidak tahu siapa pegawai SPRM ini.”

Beliau menambah beliau tidak menyedari tentang surat tersebut dan mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang kepada mana-mana lamanweb yang menyiarkannya.

Surat itu diserahkan dua hari lalu kepada Gobind Singh Deo, peguam untuk keluarga mendiang Teoh Beng Hock, dan dihantar oleh orang yang tidak dikenali yang mendakwa “pegawai SPRM” yang meminta pihak berkenaan menyiasat pegawai kanan SPRM kerana rasuah dan penglibatannya di dalam kematian Teoh.

Surat itu yang ditulis di dalam Bahasa Melayu itu juga menamakan pegawai kanan itu sebagai orang yang terlibat secara peribadi menyoal Teoh di saat-saat terakhir sebelum beliau mati.

Surat itu juga menceritakan apa yang didakwanya berlaku ketika Teoh disoalsiasat.

Tetapi surat itu tidak menceritakan bagaimana Teoh mati di mana punca kematian beliau masih lagi dalam siasatan inkues yang ditubuhkan untuk menyiasat kematiannya.

Surat itu juga mendakwa pegawai kanan tersebut bertindak mengikut arahan Dr Mohd Khir dari masa ke semasa dari ketika beliau seorang menteri besar Selangor untuk memulakan siasatan terhadap kemungkinan wujudnya rasuah melibatkan kerajaan Pakatan Rakyat.

Di dalam surat itu, beberapa siasatan yang dipercayai melibatkan pertadbiran Dr Mohd Khir disenaraikan, dan pegawai kanan tersebut dikatakan telah melindungi beberapa kes.

Semalam, majistret Azmil Muntapha Abas, yang bertindak sebabagai koroner di dalam inkues kematian Teoh, mengarahkan pegawai polis penyiasat, ASP Ahmad Nazri Zainal, untuk menyiasat kandungan surat berkenaan dan dakwaan yang terkandung di dalamnya serta merta.

Azmil juga memberitahu para peguam yang terlibat untuk tidak mendedahkan kandungan surat berkenaan kepada sesiapa tetapi tidak mengeluarkan (arahan tegas) “gag order” seperti yang diminta oleh Tan Hock Chuan, peguam yang mengetuai kumpulan pendakwa raya dan yang memabtunya di dalam inkues berkenaan.

Tan meminta untuk dikeluarkan “gag” bagi menghalang polis yang membuat siasatan susulan berada di dalam risiko, kerana beberapa orang penting dikatakan telah dinamakan di dalam surat kontroversi berkenaan.

Tetapi Gobind, yang mewakili keluarga Teoh, menyatakan "gag" tidak semestinya akan menghalang kandungan surat tersbut dari dibocorkan.

Gobin menyatakan surat berkenaan telah diserahkan kepadanya petang Selalsa, sebaik saja beliau ingin meninggalkan mahkamahthe court here.

Sampul surat tersebut tidak dialamatkan kepadanya, tambahnya. Beliau menolak untuk menjawab kepada siapa sebenarnya surat itu ditujukan.mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang kepada mana-mana lamanweb yang menyiarkannya.

Surat itu diserahkan dua hari lalu kepada Gobind Singh Deo, peguam untuk keluarga mendiang Teoh Beng Hock, dan dihantar oleh orang yang tidak dikenali yang mendakwa “pegawai SPRM” yang meminta pihak berkenaan menyiasat pegawai kanan SPRM kerana rasuah dan penglibatannya di dalam kematian Teoh.

Surat itu yang ditulis di dalam Bahasa Melayu itu juga menamakan pegawai kanan itu sebagai orang yang terlibat secara peribadi menyoal Teoh di saat-saat terakhir sebelum beliau mati.

Surat itu juga menceritakan apa yang didakwanya berlaku ketika Teoh disoalsiasat.

Tetapi surat itu tidak menceritakan bagaimana Teoh mati di mana punca kematian beliau masih lagi dalam siasatan inkues yang ditubuhkan untuk menyiasat kematiannya.

Surat itu juga mendakwa pegawai kanan tersebut bertindak mengikut arahan Dr Mohd Khir dari masa ke semasa dari ketika beliau seorang menteri besar Selangor untuk memulakan siasatan terhadap kemungkinan wujudnya rasuah melibatkan kerajaan Pakatan Rakyat.

Di dalam surat itu, beberapa siasatan yang dipercayai melibatkan pertadbiran Dr Mohd Khir disenaraikan, dan pegawai kanan tersebut dikatakan telah melindungi beberapa kes.

Semalam, majistret Azmil Muntapha Abas, yang bertindak sebabagai koroner di dalam inkues kematian Teoh, mengarahkan pegawai polis penyiasat, ASP Ahmad Nazri Zainal, untuk menyiasat kandungan surat berkenaan dan dakwaan yang terkandung di dalamnya serta merta.

Azmil juga memberitahu para peguam yang terlibat untuk tidak mendedahkan kandungan surat berkenaan kepada sesiapa tetapi tidak mengeluarkan (arahan tegas) “gag order” seperti yang diminta oleh Tan Hock Chuan, peguam yang mengetuai kumpulan pendakwa raya dan yang memabtunya di dalam inkues berkenaan.

Tan meminta untuk dikeluarkan “gag” bagi menghalang polis yang membuat siasatan susulan berada di dalam risiko, kerana beberapa orang penting dikatakan telah dinamakan di dalam surat kontroversi berkenaan.

Tetapi Gobind, yang mewakili keluarga Teoh, menyatakan "gag" tidak semestinya akan menghalang kandungan surat tersbut dari dibocorkan.

Gobin menyatakan surat berkenaan telah diserahkan kepadanya petang Selalsa, sebaik saja beliau ingin meninggalkan mahkamahthe court here.

Sampul surat tersebut tidak dialamatkan kepadanya, tambahnya. Beliau menolak untuk menjawab kepada siapa sebenarnya surat itu ditujukan.-/greenboc

MyKampungku

5 comments:

BESTOMYAM said...

ALLAH SWT MAHA AGUNG

Anonymous said...

The Fact :

1.Orang dalam surat tu memang wujud
2.Dia (Khir Toyo) tipu, dia kenal TP tu
3. buka laman ni:
http://www.mmail.com.my/content/11105-rockabye-baby
pegawai yang menyiasat, MACC deputy superintendent Mohd Anuar Ismail,dilantik oleh orang yg namanya disebut dlm surat tu.

Anonymous said...

Cakaplah apa saja pun..
Yang pasti ALLAH swt lebih mengetahui segalanya.
Dia mengetahui lebih dari diri kita sendiri.
Sesiapa pemimpin yang berdusta (BN atau PR)
kepada rakyatnya (yang telah mengamanahkannya), di akhirat lidahnya akan digunting dengan gunting api neraka...
YA ALLAH, begitu pedih azabmu...ampunkan kami.
Untuk DS,
Kepada pemimpin BN, ubahlah pendekatan. Jadilah pemimpin yang bertakwa/rendah diri. Dan ubahlah gaya hidup, janganlah terlampau mewah. Tuan tidak akan rugi apa2. pemimpin akan ditanya keatas pimpinannya. Saya percaya rakyat akan sayang pemimpin macam ni, siapapun dia.
Kalau manusia tak sayang, ALLH swt akan sayang dia, InsyaALLAH. Amin

Anonymous said...

Praise the Lord that we still have a few God-fearing people (whistle blowers) in our otherwise morally bankcrupt land.

Contents true or false we wont know but one thing we are sure they want Selangor back , someone said that ,right ?.

mtgbertam said...

Mustahil surat ini direka oleh Pakatan Rakyat kerana sekiranya direka, tentu surat ini dah lama dihebohkan.

Isi kandungannya menceritakan dengan jelas beberapa fakta mengenai persekitaran kerja/pejabat SPRM yang tidak diketahui oleh orang awam. Cth, perakam waktu, kaedah siasatan dg memegang talipinggang, mengambil sampel DNA dalam bilik, dll.

Jurutaip mungkin orang awam, tetapi pendedahan sememangnya BENAR dari pegawai SPRM yg jujur.

Allah menilai usaha pegawai ini sebagai kebaikan.

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost