“Setakat ini kita dimaklumkan oleh peguam kita kesnya tidaklah berapa kukuh. Maka itu, kita tidak akan teruskan petisyen tersebut,” katanya kepada Bernama di sini.
Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berada di Australia mengetuai misi perdagangan dan pelaburan anjuran kementerian itu, Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade)- BERNAMA.
Sudahlah kalah dalam PRK Manek Urai, kini Umno sekali lagi mengalami kekalahan dalam petisyen pilhanraya. Malah lebih memalukan kerana ’kalah sebelum berlawan’, mengaku kalah sebelum petisyen difailkan.
Sehari selepas PRK Manek Urai, Badan Perhubungan Umno Negeri Kelantan yang kecewa dengan kekalahan 65 undi mengumumkan untuk memfailkan petisyen bagi membatalkan keputusan PRK itu. Umno mendakwa Pas telah mencabuli peraturan piliharaya, melanggar undang-undang pilihanraya. Umno mempunyai bukti kukuh untuk diketengahkan di mahkamah. Hari ini Pengerusi Umno Kelantan memusing jarum jam ke belakang dengan mengatakan kes tidak berapa kukuh. Semalam kukuh hari ini sudah tidak kukuh.
Bukan soal kukuh atau tidak. Bukan soal ada kes atau tidak untuk menyeret Pas ke Mahkamah Pilihanraya, tetapi sebenarnya Umno takut keputusan mahkamah akan memalukan Umno. Dua kali malu, malu kerana kalah dalam PRK dan malu kerana kalah pula di mahkamah. Malah Umno juga akan menangung malu yang amat besar kerana Pas mampu membogelkan Umno di Mahkamah. Pas mempunyai cukup eviden untuk mendedahkan penyelewengan, pengkhianatan, penyalahgunaan kuasa, rasuah politik dan pelbagai janji palsu Umno. Daripada kalah lagi di mahkamah dan malu kepada rakyat, Umno membuat keputusan membatalkan hasrat memfail petisyen ke mahkamah.
Apa yang Umno hendak malukan ? Umno sebenarnya tidak berhak untuk malu. Selama inipun Umno tidak pernah kenal erti malu.
Umno hanya inginkan keputusan mahkamah memberi kemenangan kepada calon mereka. Umno tidak inginkan pengiraan semula undi kerana Umno tahu angka 65 itu tidak akan berkurang, malah kemungkinan akan bertambah. Umno juga tidak inginkan PRK semula kerana Umno tahu PRK semula tidak menjaminkan kemenangan kepada mereka walaupun bergunung emas ditawarkan kepada pengundi. Cukuplah sekali Umno menggadai segala harta untuk melabur dan ’membeli saham’ dari pengundi di Manek Urai.
Dengan pembatalan hasrat membawa kes PRK Manek Urai ke mahkamah, sekurang-kurangnya Umno boleh berbangga dan ’syok sendiri’ dengan kekalahan 65 undi itu, kononnya Umno sudah pulih dan mendapat sokongan rakyat.
Kalau benar Umno sudah pulih kekuatan dan sudah mendapat kembali sokongan rakyat, sudah diterima semula oleh orang Melayu, maka ayuh buktikan di Permatang Pasir. Berlawan secara anak jantan.
Ini bukan soal Melayu lawan Melayu, tetapi Melayu tidak rela selamanya ditipu oleh bangsa sendiri ! :-Oleh: DAP Melayu@perakexpress
1 comments:
Umno Kelantan telah mensyorkan berbagai strategi untuk memenangi PRK MU. Telah menyakinkan UMNO pusat jika RMxxxxxx , dll diberi kemenangan garanti dalam tangan. Malangnya kalah! Srg duit habis dipakai dan habuk pun tak ada. Siapa akan bertanggungjawab? Cari alasanlah! Lagi apa boleh buat!. Kah! kah! Kah! kah!
Post a Comment