Saturday, August 8, 2009

UMNO Parti Melayu/Islam ?- Pemimpin UMNO Mengarut Dan Penipu!! :- Nizar vs Najib Altantuya


KUALA NERUS - Dakwaan pemimpin UMNO bahawa parti itu adalah sebuah parti orang-orang Melayu dan juga parti Islam disanggah oleh Kapten (B) Datuk Zahar Hashim, Bekas Ketua Bahagian UMNO Petaling Jaya Selatan.

Beliau yang telah menjadi ahli UMNO selama 29 tahun berkata, dakwaan tersebut adalah mengarut dan satu penipuan oleh pemimpin UMNO.

”Kita nak tanya dengan (pemimpin) UMNO, macamana yang dia boleh menganggap parti dia tu parti Melayu parti Islam, sedangkan menurut definasi dalam perlembagaan, UMNO ni bukan parti Melyu (dan) parti Islam,

”sebab ahlinya terdiri dari orang Kadazan, orang….. berbagai-bagi lagi di Sabah yang menganut ugama Kristian,

”jadi tak betul kalau dia kata UMNO parti Melayu, parti Islam…. Itu mengarut…menipu,”kata beliau yang telah keluar dari UMNO dan menyertai PAS tujuh bulan lalu.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Ceramah Isu Semasa, sempena Program Bersama Pemuda Kuala Nerus di Padang Bola Batu Enam, dekat sini, semalam.

Beliau turut mempersoalkan, apa yang perlu dibanggakan oleh rakyat Terengganu berbanding dalam kemajuan yang telah dicapai sejak UMNO memerintah negeri ini.-/buletinonline

MyKampungku

1 comments:

Anonymous said...

Umno parti ISlam? Kalau diukur dari bahan2 dalam UTusan milik UMNO, sekarang ni bukan main hantam ARAK, BABI tapi demi keuntungan, sanggup HINA Islam/Melayu dengan bersubahat dengan tokeh JUDI dengan menyiarkan keputusan NOMBOR EKOR/HOROSKOP. isLAM BENDA TU !!

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost