Thursday, September 3, 2009

Agenda PKFZ Dalam EGM MCA? :- Nizar nt Najib Altantuya


Agenda untuk mendapat persetujuan ahli mengenai cara siasatan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) dalam mesyuarat agung luar biasa (EGM) MCA yang diinisiatifkan oleh Presidennya, Datuk Seri Ong Tee Keat, adalah sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini,

Demikian kata timbalan presiden parti itu yang dipecat keahliannya, Datuk Seri Chua Soi Lek berikutan cadangan Ong untuk menjadikan isu PKFZ dalam agenda EGM MCA.

"Jika agenda tersebut adalah untuk mempersetujui penyiasatan PKFZ, perkara ini tidak ada duluannya (unprecedented).

"Ini adalah kes di mana menteri membawa kerja dan fungsi kementeriannya kepada parti politik untuk dipersetujui.

"Ia sama seperti menggunakan parti politik untuk mengadakan referendum mengenai tanggungjawab menteri," kata beliau dalam blognya ketika mempersoalkan tindakan Ong yang juga Menteri Pengangkutan.

Tindakan sedemikian, katanya, akan mengakibatkan duluan yang buruk kepada perkembangan politik negara.

"Bayangkan jika setiap menteri atau presiden (parti) melakukan sedemikian, membawa kerja kementeriannya kepada EGM parti, akibatnya kesemua kerja kementerian akan dipolitikkan.

"Jika perkara sedemikian boleh dilakukan, ia bermakna Menteri Kesihatan juga boleh membawa isu H1N1 dan langkah pencegahannya kepada EGM parti untuk dipersetujui," katanya.

Jika demikian, bolehlah dianjurkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengemukakan sesuatu dasar kepada Umno dan meminta ia dipersetujui di dalam EGM Umno dan selepas itu memberitahu rakyat bahawa apa sahaja yang dilakukannya disokong oleh Umno, kata bekas Menteri Kesihatan itu.

"Begitu juga, bolehlah dibawa kepada EGM isu pengajaran matematik dan sains, yang merupakan isu yang lebih besar dan menjadi keprihatinan setiap keluarga berbangsa Cina. Apabila diluluskan, apa pula seterusnya?

"Apa terjadi jika Kementerian Pelajaran enggan menerima apa yang dipersetujui dalam EGM? Adakah kita akan berkonfrontasi?" beliau mempersoalkan.

Chua mengingatkan, tidak ada sesiapa pun yang patut berlindung di bawah parti politik mereka sendiri untuk melaksanakan tugas sebagai menteri.

"Isu PKFZ tidak sepatutnya dipolitikkan. Ia adalah tugas Menteri Pengangkutan dan adalah menjadi tugasnya untuk menyiasat pelabuhan itu dan penyalahgunaan kuasa dan rasuah, jika perkara itu berlaku.

"Perdana Menteri dan kabinet telah pun mempersetujui siasatan Menteri Pengakutan ke atas PKZ.

"Oleh itu, tanggapan bahawa hanya Presiden (Ong) sahaja yang berani menjalankan siasatan ke atas PKFZ dan tidak ada sesiapa pun di dalam Barisan Nasional (BN) menyokong beliau adalah mengelirukan," katanya.

Chua juga mengingatkan, siasatan ke atas PKFZ bukan urusan parti dan tidak sepatutnya berada dalam agenda EGM yang diinisiatifkan oleh Ong itu.

Mengenai EGM yang diinisiatifkan oleh para penyokongnya, Chua berkata, penyokongnya sudah memiliki tandatangan lebih 800 perwakilan pusat parti untuk mengadakan EGM.

"Semasa kenyataan ini ditulis (di dalam blognya), tandatangan yang dikumpulkan sudah melebihi jumlah 800 yang diperlukan untuk mengadakan EGM. Saya berpendapat maklum balas yang diperolehi cukup memberangsangkan," kata beliau.

Sebagai tindak balas terhadap EGM yang digerakkan oleh penyokong Chua itu, Isnin lalu, Ong mengarahkan persiapan untuk EGM MCA diadakan dalam tempoh kurang 30 hari.

Image
Ong dalam satu kenyataan di dalam blognya semalam berkata, beliau terpaksa menggunakan klausa 30.1 perlembagaan parti untuk mengarahkan EGM diadakan bagi membolehkan perwakilan menyatakan pendirian berhubung kontroversi pemecatan Chua berikutan skandal seksnya pada 2007.

"EGM ini juga diadakan bagi mengetahui sama ada ahli parti bersetuju dengan cara penyelesaian isu PKFZ).

"Mengadakan EGM adalah satu keputusan yang besar dan ia lebih bererti ketika negara sedang menyambut kemerdekaan ke-52," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) Datuk Seri Tiong King Sing mengesahkan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah meminta beliau membantu siasatan terhadap kontroversi PKFZ.

Tiong, yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) berkata: "Saya diminta sebanyak dua kali oleh SPRM untuk membantu siasatan itu, sementara beberapa saksi juga dipanggil untuk tujuan itu."

Ketika mengalu-ngalukan siasatan SPRM itu, Tiong yang juga Ahli Parlimen Bintulu berharap bahawa siasatan itu akan dijalankan secara "saksama, adil dan telus".

PKFZ, seluas 405 hektar di Pelabuhan Klang, terbabit dengan kontroversi itu setelah didapati kos pembangunannya mencecah daripada RM2.5 bilion kepada RM 4.6 bilion.

Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) telah membeli tanah itu daripada KDSB dengan harga RM25 satu kaki persegi untuk projek berkenaan dan kemudian melantik syarikat tersebut untuk membangunkannya.

SPRM mula menyiasat PKFZ berikutan laporan yang dibuat oleh pengerusi LPK Datuk Lee Hwa Beng bulan lepas yang mendakwa KDSB terbabit dalam kemungkinan penipuan, tuntutan tidak munasabah dan mengenakan kos lebih bernilai ratusan juta ringgit.

Skandal PKFZ semakin panas apabila Tiong mendakwa Ong menerima RM10 juta daripadanya.

Timbalan Tiong dalam KDSB, Datuk Faizal Abdullah pula berkata Ong telah menggunakan jet peribadi milik syarikat tersebut sebanyak lima kali dan 'berhutang' kepada mereka sebanyak AS$40,000bagi perkhidmatan tersebut.

Faizal juga ialah Timbalan Ketua Umno Bahagian Kapar.
/harakahdaily

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost