Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V Sivakumar yang tewas dalam samannya terhadap Speaker lantikan BN R Ganesan berkata beliau akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan mahkamah.
Pada 15 Mei, Sivakumar memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Ipoh terhadap Ganesan atas serangan dan kecederaan serta tahanan secara tidak sah ketika sidang DUN itu. Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azahar Mohamed membatalkan saman tersebut atas alasan mahkamah tidak boleh mencampuri urusan legislatif dan prosiding Dewan Undangan Negeri Perak pada 7 Mei 2009 adalah sah.
Dalam kejadian 7 Mei itu, sekumpulan polis menyerbu masuk dewan legislatif Perak dan mengheret keluar Sivakumar dari kerusinya. Sivakumar dikurung di dalam sebuah bilik, manakala BN melantik Ganesan sebagai Speaker.
Sivakumar berkata beliau kehairanan mengapa mahkamah mengiktiraf pencerobohan itu walhal itu ia jelas sekali bercanggah dengan Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.
"Saya berasa begitu kecewa dengan keputusan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh, maka saya sudah pun berunding dengan peguam-peguam saya dan kami bercadang untuk meneruskan untuk membuat rayuan.
"Tetapi apa yang berlaku dalam DUN pada hari itu, perlucutan dan pelantikan speaker semuanya berlaku sebelum titah ucapan Tuanku, maka ia juga bertentangan dengan Perintah-perintah Tetap.
“Jadi kalau dilihat dalam pelbagai aspek, adalah jelas kita boleh katakan bahawa apa yang berlaku dalam DUN 7 Mei itu tidak sah kerana pertama usul itu telah ditolak oleh speaker, kedua ia berlaku dalam sub dewan dan bukan dewan yang penuh, ketiga ia berlaku tidak mengikut agenda sepertimana yang ditetapkan dalam Perintah-perintah Tetap iaitu mewajibkan ucapan Tuanku terlebih dahulu,” katanya ketika dihubungi.
Sivakumar berkata keputusan mahkamah menolak samannya terhadap Ganesan menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena. Beliau menambah mahkamah dengan mudah menggunapakai prinsip pemisahan kuasa Artikel 72 Perlembagaan apabila ia dirujuk oleh Umno-BN, sebaliknya menolak prinsip itu apabila ia dirujuk oleh Pakatan Rakyat.
Lebih dari itu, kata Sivakumar lagi, keputusan mahkamah seolah-olah menghalalkan pencerobohan yang berlaku pada 7 Mei itu.
"Tidak ada mana-mana undang-undang yang boleh menyokong bahawa dalam satu dewan ada dua orang yang berkuasa, itu tidak boleh. Tetapi mereka telah melakukannya dan dalam mesyuarat tersebut, dalam mesyuarat sub dewan tersebut, mereka telah membawa usul untuk membuang saya, untuk melucutkan jawatan saya dan juga untuk melantik Ganesan sebagai speaker,” katanya.
Beliau turut berkata, perkara ini adalah tidak sah kerana pertama, semua ahli-ahli DUN terlibat telah pergi ke satu penjuru dan di situ mereka telah mengadakan satu mesyuarat dan tegasnya perkara ini tidak boleh diterimapakai.
"Kedua apabila usul itu disokong dan dibawa dan disokong, ia perlu diperbahaskan, masalahnya tidak ada langsung bahas dilakukan di sana. DUN adalah tempat perbahasan tetapi tidak ada mana-mana perbahasan.
“Mereka hanya membawa usul dan menyokong usul tersebut dan satu lagi perkara yang jelas menyatakan bahawa persidangan tidak berlaku sebab menurut perintah-perintah tetap, ianya adalah dinyatakan bahawa apabila kita membuat perasmian penggal, perkara ataupun agenda pertama ialah ucapan Tuanku dan perkara-perkara lain perlu berlaku selepas ucapan Tuanku.Tidak boleh ada apa-apa berlaku sebelum agenda sebelum ucapan Tuanku. Ini juga jelas dalam Perintah-Perintah Tetap,” katanya.
Selain itu, beliau juga mengatakan sekiranya rayuan yang akan dibuatnya akan diketepikan oleh mahkamah lagi kerana berlaku penyalahgunaan kuasa, ianya akan menjadikan Perlembagaan Malaysia tidak lagi dihormati.
"Ini menunjukkan apa-apa keputusan yang dibuat adalah bercelaru sebab kita nampak dengan jelas apabila BN membawa isu tersebut ke mahkamah, ianya diterima tetapi apabila kita membawa kes ini ke mahkamah, ianya ditolak.
"Jadi dengan menggunakan artikel yang sama, ini jelas menunjukkan bahawa ada penyalahgunaan kuasa dalam perkara ini, undang-undang ataupun perlembagaan Malaysia tidak dihormati,” katanya. - TVA
Friday, September 11, 2009
Agi Idup Agi Ngelaban, Sivakumar Kemuka Rayuan :- Nizar vs Najib Altantuya
5:05 PM
miaq_kpg
No comments
Aku...
nuff
Followers
Komen Terkini
Categories
- Anti ISA (54)
- DAP (182)
- H1N1 (13)
- HOME (35)
- Israel (1)
- Isu semasa (353)
- Kartika (6)
- Liwat 2 (1)
- Liwat2 (2)
- malaysiakini (1341)
- Manek Urai (155)
- MCA (45)
- Melayu (129)
- MIC (18)
- Muara Tebas (18)
- Najib (1)
- Najib-Altantuya (4)
- PAS (445)
- Perak (184)
- PKFZ (100)
- PKR (180)
- Politik (465)
- PPSMI (22)
- PRK Bagan Pinang (103)
- PRK Hulu Selangor (12)
- PRK Permatang Pasir (93)
- PRK Sibu (2)
- Sarawak (53)
- SPRM (187)
- Teoh (83)
- UMNO (317)
Labels
- Anti ISA (54)
- DAP (182)
- H1N1 (13)
- HOME (35)
- Israel (1)
- Isu semasa (353)
- Kartika (6)
- Liwat 2 (1)
- Liwat2 (2)
- malaysiakini (1341)
- Manek Urai (155)
- MCA (45)
- Melayu (129)
- MIC (18)
- Muara Tebas (18)
- Najib (1)
- Najib-Altantuya (4)
- PAS (445)
- Perak (184)
- PKFZ (100)
- PKR (180)
- Politik (465)
- PPSMI (22)
- PRK Bagan Pinang (103)
- PRK Hulu Selangor (12)
- PRK Permatang Pasir (93)
- PRK Sibu (2)
- Sarawak (53)
- SPRM (187)
- Teoh (83)
- UMNO (317)
0 comments:
Post a Comment