Bekas Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek mendakwa parti itu bakal kehilangan ramai pemimpin dan ahli di peringkat akar umbi jika keputusan mesyuarat agung luar biasa (EGM) pada 10 Oktober ini tidak memihak kepadanya.
Soi Lek yang kini digantung daripada jawatannya berkata, beliau mendapat maklum balas tersebut hasil pertemuan dengan ahli-ahli parti di seluruh negara.
Jelasnya, perpecahan tersebut bukan timbul kerana sokongan terhadapnya, sebaliknya ia disebabkan rasa tidak puas hati ahli-ahli MCA terhadap kepimpinan Presiden parti, Datuk Seri Ong Tee Keat.
“Memang ada perwakilan dan pemimpin MCA peringkat akar umbi yang menyatakan jika resolusi EGM itu tidak diluluskan, maka sebahagian ahli MCA akan meletak jawatan.
“Saya meminta mereka bertenang, berdisiplin dan menyokong penuh MCA,” katanya kepada pemberita di Rumah Terbuka Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman di Sungai Mati di sini hari ini.
Rumah terbuka itu turut dihadiri Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat.
EGM MCA pada 10 Oktober ini bagi membolehkan 2,357 perwakilan di seluruh negara membuat keputusan berhubung hala tuju dan masa depan parti itu.
Lima resolusi yang akan diputuskan menerusi mesyuarat tersebut adalah usul tidak percaya terhadap Presiden MCA, pembatalan pemecatan Soi Lek dan mengembalikan jawatan timbalan presiden kepadanya serta pembatalan mana-mana pelantikan yang dibuat sebelum EGM.
Jawatankuasa Pusat (CC) MCA pada Sabtu lalu, telah menukar keputusan pemecatan Soi Lek berikutan skandal seks beliau menerusi cakera pada digital (DVD) kepada penggantungan keahlian dan jawatan selama empat tahun.
Soi Lek mendakwa, pelbagai konflik di dalam parti tersebut timbul kerana masalah kepimpinan Tee Keat yang tiada hala tujuan, tiada wawasan dan tiada tindakan positif yang konsisten. -/utusan online.
Wednesday, September 23, 2009
Amaran Soi Lek Kepada MCA :- Nizar vs Najib Altantuya
9:51 PM
miaq_kpg
No comments
Aku...
nuff
Followers
Komen Terkini
Categories
- Anti ISA (54)
- DAP (182)
- H1N1 (13)
- HOME (35)
- Israel (1)
- Isu semasa (353)
- Kartika (6)
- Liwat 2 (1)
- Liwat2 (2)
- malaysiakini (1341)
- Manek Urai (155)
- MCA (45)
- Melayu (129)
- MIC (18)
- Muara Tebas (18)
- Najib (1)
- Najib-Altantuya (4)
- PAS (445)
- Perak (184)
- PKFZ (100)
- PKR (180)
- Politik (465)
- PPSMI (22)
- PRK Bagan Pinang (103)
- PRK Hulu Selangor (12)
- PRK Permatang Pasir (93)
- PRK Sibu (2)
- Sarawak (53)
- SPRM (187)
- Teoh (83)
- UMNO (317)
Labels
- Anti ISA (54)
- DAP (182)
- H1N1 (13)
- HOME (35)
- Israel (1)
- Isu semasa (353)
- Kartika (6)
- Liwat 2 (1)
- Liwat2 (2)
- malaysiakini (1341)
- Manek Urai (155)
- MCA (45)
- Melayu (129)
- MIC (18)
- Muara Tebas (18)
- Najib (1)
- Najib-Altantuya (4)
- PAS (445)
- Perak (184)
- PKFZ (100)
- PKR (180)
- Politik (465)
- PPSMI (22)
- PRK Bagan Pinang (103)
- PRK Hulu Selangor (12)
- PRK Permatang Pasir (93)
- PRK Sibu (2)
- Sarawak (53)
- SPRM (187)
- Teoh (83)
- UMNO (317)
0 comments:
Post a Comment