Saturday, September 19, 2009

EGM MCA: Tee Keat Berundur Jika Soi Lek Kembali Sebagai TP :- Nizar vs Najib Altantuya


Menjelang Perhimpunan Agung Khas (EGM) 10 Oktober ini, Datuk Seri Ong Tee Keat berpendirian bahawa beliau akan melepaskan jawatan Presiden MCA jika Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek dikembalikan kedudukannya sebagai Timbalan Presiden.

Ong berkata, keputusan membawa kembali Dr. Chua meskipun dengan majoriti kecil, adalah satu bentuk undi tidak percaya terhadap kepimpinan beliau dan keseluruhan Majlis Presiden parti itu.

Ong dipilih sebagai Presiden MCA pada pemilihan parti tahun lalu.

"Keputusannya adalah jelas. Jika ia berlaku, maka prinsip demokrasi saya ialah kesemua daripada kami perlu pergi, keseluruhan anggota Majlis Presiden," kata beliau dalam temu bual khas dengan The Star semalam.

Ong yang juga Menteri Pengangkutan ditanya pandangan sekiranya perwakilan mahu beliau kekal sebagai Presiden tetapi Dr. Chua dikembalikan jawatan Timbalan Presiden.

Jelas beliau: "Mereka perlu membuat pilihan."

"Jika majoriti kecil diperoleh, saya tiada pilihan melainkan saya meletakkan jawatan.

"Ada pihak yang akan berhujah bahawa saya tidak perlu bertindak sedemikian atau undi dua pertiga diperlukan untuk membuang saya... itu adalah penipuan besar," katanya.-mStar

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost