Friday, September 18, 2009

INKUES: Teoh Di Soal Semalaman, Bimbang Tukar Fikiran - SPRM :- Nizar vs Najib Altantuya


Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd Nadzri Ibrahim, mengakui bahawa Teoh Beng Hock telah disoal siasat semalaman dalam satu percubaan untuk "mengikat" kenyataan Teoh terhadap beberapa dokumen yang didakwa melibatkan salah guna wang kerajaan negeri.

Ketika ditanya Peguam yang mewakili keluarga Teoh, Gobind Singh Deo, mengapa soal siasat tidak disambung keesokannya, Mohd Nadzri berkata Teoh mungkin mengubah fikirannya jika dia dibenarkan pulang.

Teoh Setiausaha politik, Exco Selangor Ean Yong Hian Wah, ditahan untuk disoal siasat semalaman sehingga awal pagi 16 Julai lalu, di ibu pejabat SPRM di Plaza Masalam, Shah Alam, sebelum ditemui mati.

Gobind mempersoalkan mengapa terdapat satu keperluan mengikatkan kenyataan tersebut sebagai dokumen-dokumen yang boleh digunakan keesokan harinya.

Gobind kemudian berkata, "Saya mencadangkan anda berniat untuk memastikan beliau di sana semalaman supaya mengakui beberapa perkara tertentu dengan menggunakan tekanan mental dan fizikal terhadapnya sehingga dia tertekan."

Nadzri, yang ditugaskan merekodkan kenyataan Teoh daripada 1.30pagi hingga 3.30pagi pada 16 Julai, tidak bersetuju dengan cadangan Gobind.

Terdahulu, dia mengakui tidak ada keperluan untuk Teoh yang hanya seorang saksi, untuk dipersoalkan semalaman.

Sementara itu, seorang lagi pegawai SPRM, memberitahu beliau terdengar Ahli Majlis Perbandaran Kajang, Tan Boon Wah memarahi Teoh dengan suara yang kuat dan tinggi di dalam tandas pejabat SPRM Selangor, beberapa jam sebelum Teoh ditemui mati.

Penolong Penguasa SPRM Putrajaya, Bulkani Paharuddin berkata, kejadian itu berlaku pada kira-kira pukul 2.30 pagi, ketika beliau mengiringi Tan ke tandas.

Bulkani berkata, sewaktu Tan masuk ke dalam tandas, beliau berdiri di luar pintu tandas dan tidak lama selepas itu seorang lelaki Cina yang berseluar putih dan berbaju gelap (Teoh) datang dari arah bertentangan dan terus memasuki tandas yang sama.

Katanya, ketika ingin beredar dari situ, beliau terdengar suara Tan memarahi lelaki berbaju gelap dan berseluar putih dalam bahasa Mandarin dengan menyebut "Ni Lor" iaitu "Awaklah" dalam nada kuat dan tinggi.

Bagaimanapun beliau tidak mendengar respons atau jawapan daripada seorang lagi lelaki iaitu Teoh.

Ketika disoal oleh Gobind sama ada beliau mengetahui berapa ramai yang keluar atau masuk tandas ketika insiden itu berlaku, Bulkani berkata beliau tidak tahu kerana tidak masuk ke dalam tandas dan tidak menunggu lama di luar tandas.

Gobind berkata:"Jadi kamu tidak lihat siapa yang bersuara kerana kamu tidak masuk dan berada lama di luar tandas?"
Bulkani menjawab: "Ya, tetapi saya anggap itu suara Tan, suara lain saya tidak dengar."

Gobind: Tan menafikan mengenai insiden itu dan saya cadangkan kamu tidak tahu siapa sebenarnya yang bersuara kepada lelaki berseluar putih dan berbaju gelap itu (Teoh).

Bulkani: "Saya yang bawa Tan ke tandas."

Gobind: Saya cadangkan yang segala kenyataan kamu tentang insiden di tandas itu adalah penipuan semata-mata.

Bulkani: "Saya tidak tipu".

Sementara itu, penolong kanan penguasa SPRM Selangor, Raymond Nion Anak John Timban dalam keterangannya pada prosiding hari ke-21, berkata beliau ada ternampak Teoh bersama seorang lelaki Cina di ruang tamu, bahagian pendidikan masyarakat di pejabat SPRM Selangor, kira-kira pukul 12.30 tengah malam, 16 Julai lepas.

Seterusnya, saksi ke-23 itu berkata beliau sekali lagi ternampak Teoh sedang baring seorang diri di atas sofa di depan bilik penolong kanan penguasa SPRM Selangor Mohd Nadzri Ibrahim semasa beliau ingin meninggalkan pejabat kira-kira pukul 6 pagi. (16 Julai).

Ketika disoal Koroner Azmil Muntapha Abas yang mengendalikan inkues, sama ada beliau ada ternampak sesiapa melalui pejabatnya, Raymond berkata beliau ada melihat Mohd Nadzri, pemangku Penguasa Kanan SPRM Selangor, Mohd Anuar Ismail dan Timbalan Pengarah SPRM Selangor, Hishamuddin Hashim lalu di depan pejabatnya kira-kira pukul 5.45 pagi (16 Julai), tetapi tidak mengingati mereka menghala ke arah mana.

Inkues bersambung 29 September depan.-TVA

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost