Tuesday, September 1, 2009

Kota Seputeh: Keputusan SPR Cabar Undang2 Negeri Kedah? :- Nizar nt Najib Altantuya


Hari ini keputusan sama ada pilihanraya kecil DUN Kota Seputeh Kedah bakal diadakan atau tidak telah diketahui. Namun, nampaknya SPR semacam bercelaru apakah mereka harus menjalankan satu lagi pilihanraya kecil dalam tempoh terdekat dalam keadaaan Kerajaan UMNO BN yang semakin ditolak rakyat sekarang ini.

Tambahann pulla, kerusi kosong kali ini adalah hak milik BN. Melihat kepada kenyataan TPM Muhyiddin Yassin bahawa SPR perlu kaji bahawa ADUN Kota Seputeh sakit ketika tidak hadir sidang DUN sebelum membuat keputusan, maka ia memungkinkan satu keputusan yang smaa di Perak akan berlaku. Masih kita ingat Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, memaklumkan kepada SPR bahawa terdapat kekosongan dua kerusi DUN di negeri itu.

Namun, anehnya SPR menjadi hakim pula dengan mengkaji dan membuat keputusan yang tidak sewajarnya hingga menyebabbkan Kerajaan Negeri Perak ditumbangkan secara tidak hormat. Keputusan ini jelas sekali mengecewakan rakyat sebenarnya. Malah, tindakan SPR yang menkaji pula surat dari dua ADUN terbabit adalah bercanggah dengan udang-undang dan perlembagaan itu sendiri. SPR sepatutnya hanya menjalankan pilihanraya selepas ia dimaklumkan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri terbabit. Dalam kes ini, apakah SPR akan termakan dengan kata-kata pemimpin BN seperti Muhyiddin Yassin itu lantaran enggan undang-undang yang telah sedia termaktub dalam perlembagaan itu sendiri?.

Justeru itu dibawah ini kami siarkan satu artikel yang dipetik dari laman blog Setiausaha Politik MB Pahang, yang dikenali sebagai Dato' Shamsuddin Nawawi. Dalam blognya http://dongtalk.blogspot.com antara lain beliau menyatakan bahawa keputusan samada mana-mana kerusi dalam Parlimen (atau Dewan Undangan Negeri) itu kosong atau tidak adalah diputuskan oleh Parlimen (atau Dewan Undangan Negeri)dan keputusan itu adalah muktamad. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hanya bertanggungjawab menjalankan pilihanraya dan bukannya badan untuk menentukan samada perlu ada pilihanraya atau tidak ! Baca peruntukan Bab 4 Perlembagaan Malaysia terutamanya Perkara 52 dan 53.



Bagi Negeri Pahang terdapat peruntukan yang sama dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang iaitu dalam Perkara 24 dan 25



[Kenyataan yang dibuat oleh Dato' Sam iaitu seorang yang begitu pakar dalam hal undang-undang ini berikutan pengumuman yang telah dibuat oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari bahawa status quo kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh di Kedah kekal di tangan Barisan Nasional. Keputusan SPR itu jelas sekali membelakangkan undang-undang dan perlembagaan negara sebenarnya. Mana mungkin ADUN yang sudah dua kali tidak hadir sidang DUN masih dibenarkan memegang jawatan tersebut. Apakah SPR takut untuk melaksanakan pilihanraya di Kota Seputeh kerana gusar BN akan tewas disitu nanti. Nampaknya, kini terbukti benar bahawa SPR melaksanakan pilihanraya mengikut arahan pemimpin UMNO sendiri. Dengan keputusan ini bermakna BN kekal kerusi itu dan ia menyebabkan rakyat di kawasan Kota Seputeh kini terpaksa mempunyai wakil rakyat "bangkai hidup" yang tidak boleh berfungsi apa-apa untuk membawa suara mereka ke Dewan Undangan Negeri. Apakah ini caranya yang dimahukan oleh BN?. Bayangkan jika kes ini berlaku kepada ADUN pembangkang?. Sudah pasti keputusan adalah sebaliknya. Semoga rakyat akan mencari jalan terbaik untuk menguburkan SPR dan juga BN dalam pilihanraya umum akan datang hendaknya. SPR adalah komponen BN dulu, kini dan selamanya].
/pahangdaily

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost