Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak memberi jaminan tidak akan menggunakan Perkara 52 Undang-Undang Tubuh Kerajaan
Negeri bagi menggantung kehadiran ADUN Kota Siputeh, Datuk Abu Hassan Sarif daripada BN.
"Menggunakan Perkara 52 bermakna mengundang lebih banyak kecelaruan dan mengkucarkacirkan keadaan. Dari awal lagi kita sengaja tidak menggunakannya kerana mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskannya.
"Berdasarkan pengalaman di Perak, hanya SPR yang boleh menentukan kerusi itu kosong atau tidak," kata Azizan ketika diminta mengulas tindakan lanjut yang mungkin diambil bagi menyingkirkan Abu Hassan daripada menghadiri persidangan DUN selepas SPR mengekalkan kerusinya semalam.
Perkara 52 menyebut Speaker berhak menggunakan kuasanya bagi menyingkirkan mana-mana ADUN yang melanggar Perkara 51 daripada menghadiri persidangan dewan.
Speaker, Datuk Dr Abdul Isa Ismail menulis surat kepada SPR pada 17 Ogos lepas meminta Abu Hassan mengosongkan kerusinya kerana tidak menghadiri persidangan dua kali berturut-turut tanpa kebenaran Speaker.
Menteri besar yang ditemui selepas mesyuarat mingguan exco di Wisma Darul Aman (pusat pentadbiran negeri) di Alor Star hari ini berkata satu panel peguam akan dilantik untuk mengkaji keputusan SPR.
"SPR mengekalkan kerusi itu atas sebab teknikal dan kita mengatakan ia kosong atas kesalahan teknikal. Oleh itu biarlah pihak ketiga iaitu mahkamah yang memutuskannya", katanya.
Azizan yang ditanya mengenai tafsiran Perkara 52 berkata Speaker mungkin telah mendapat nasihat daripada penasihat undang-undang negeri (LA) sebelum beliau menulis surat kepada SPR pada 16 Ogos lepas.
Beliau bagaimanapun berkata panel guaman yang dilantik akan menentukan sama ada tindakan mahkamah wajar diambil atau sebaliknya selepas mengkaji hal tersebut dari segala sudut.
"Speaker tidak akan libatkan LA (penasihat undang-undang negeri) kerana beliau bukan penjawat awam. Lagipun LA kena ikut nasihat peguam negara dan jawapannya pastilah kesilapan teknikal," tambahnya.
Azizan yang juga pesuruhjaya PAS Kedah berkata Abu Hassan akan kekal sebagai ADUN sehingga terbukti beliau tidak layak dan didapati bersalah oleh mahkamah.
"Saya kecewa juga kerana PAS Kedah telah bersiap sedia menghadapi satu lagi pilihan raya kecil. Tentu ramai yang kecewa. Bagi saya ada (pilihan raya) pun tidak apa, tidak ada pun tidak mengapa," katanya. - /malaysiakini
Wednesday, September 2, 2009
Kota Seputeh: MB Janji Tidak Gantung ADUN UMNo :- Nizar nt Najib Altantuya/Zambry
7:22 PM
miaq_kpg
No comments
Aku...
nuff
Followers
Komen Terkini
Categories
- Anti ISA (54)
- DAP (182)
- H1N1 (13)
- HOME (35)
- Israel (1)
- Isu semasa (353)
- Kartika (6)
- Liwat 2 (1)
- Liwat2 (2)
- malaysiakini (1341)
- Manek Urai (155)
- MCA (45)
- Melayu (129)
- MIC (18)
- Muara Tebas (18)
- Najib (1)
- Najib-Altantuya (4)
- PAS (445)
- Perak (184)
- PKFZ (100)
- PKR (180)
- Politik (465)
- PPSMI (22)
- PRK Bagan Pinang (103)
- PRK Hulu Selangor (12)
- PRK Permatang Pasir (93)
- PRK Sibu (2)
- Sarawak (53)
- SPRM (187)
- Teoh (83)
- UMNO (317)
Labels
- Anti ISA (54)
- DAP (182)
- H1N1 (13)
- HOME (35)
- Israel (1)
- Isu semasa (353)
- Kartika (6)
- Liwat 2 (1)
- Liwat2 (2)
- malaysiakini (1341)
- Manek Urai (155)
- MCA (45)
- Melayu (129)
- MIC (18)
- Muara Tebas (18)
- Najib (1)
- Najib-Altantuya (4)
- PAS (445)
- Perak (184)
- PKFZ (100)
- PKR (180)
- Politik (465)
- PPSMI (22)
- PRK Bagan Pinang (103)
- PRK Hulu Selangor (12)
- PRK Permatang Pasir (93)
- PRK Sibu (2)
- Sarawak (53)
- SPRM (187)
- Teoh (83)
- UMNO (317)
0 comments:
Post a Comment