MCA akhirnya mencapai kata sepakat untuk mengadakan satu Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM), setelah Presidennya, Ong Tee Keat memberi laluan kepada tuntutan timbalannya, Chua Soi Lek. Ong tunduk kepada kelima-lima usul yang dikemukakan oleh Chua, termasuk undi tidak percaya terhadap dirinya.
Ong yang mendakwa dirinya sedia berperang "all-out" (habis-habisan), cuba membuktikan kesediaan dan keberaniannya untuk berdepan dengan keputusan perwakilan, apabila melalui wakilnya untuk menyetujui cadangan usul Chua semalam. Muafakat yang tercapai antara kedua-dua pihak Ong dan Chua setelah rundingan selama lima jam ini, berjaya mengelakkan kemungkinan wujudnya dua EGM.
Desas desus mengadakan EGM
Desas-desus mengadakan EGM mula tersebar sebelum Chua dipecat. Chua digambarkan sebagai duri dalam daging MCA, yang mempunyai motifnya sendiri dan cuba menggugat kedudukan Ong. Namun, tiada usul yang konkrit dicadangkan, malah tiada mobilisasi di kalangan penyokong untuk memanggil EGM pada ketika itu.
Lantaran itu, khabar angin ini lebih dilihat sebagai propaganda penyokong Ong (gambar kiri) untuk mengukuhkan tuduhan bahawa Chua cuba merampas kuasa daripada dirinya.
Setelah Chua dipecat pada malam 26 Ogos, penyokongnya telah menggesa agar EGM diadakan untuk membatalkan keputusan Majlis Presiden MCA. Ong kelihatan enggan berbuat demikian pada mulanya, bagaimanapun bertukar pendirian secara tiba-tiba, dengan mengarahkan supaya EGM diadakan.
Strategi Ong untuk menggunakan kuasa yang diperuntukkan perlembagaan parti kepada presiden ini, mengejutkan Chua. Di sini mulanya pertikaian kemungkinan wujudnya dua EGM.
Keadaan ini mungkin berakhir dengan dua keputusan yang saling bercanggah -- penyokong Ong akan menghadiri EGM yang dipanggil Ong, menyokong keputusan pemecatan Chua, sementara penyokong Chua akan menghadiri EGM yang dipanggil Chua (dengan mendapat tandatangan 1/3 perwakilan), membatalkan keputusan pemecatan Chua.
EGM 2-dalam-1
Untuk mengelakkan senario sedemikian, perundingan cuba diadakan antara dua pihak supaya mencapai permuafakatan untuk mengadakan satu EGM sahaja. Maka, usul daripada kedua-dua pihak perlu diselaraskan.
Cadangan usul pihak Ong tidak pernah terdedah sebelum ini. Wujudnya beberapa versi "khabar angin" sebelum ini, termasuk Ong dan barisan pimpinannya bersedia untuk meletak jawatan secara kolektif seandainya perwakilan mahu mengembalikan keahlian dan jawatan Chua.
Pada masa yang sama, Ong selaku Menteri Pengangkutan dalam kabinet, cuba menonjolkan tekad beliau untuk menyiasat skandal PKFZ. Malah, Ong dikatakan cuba memasukkan "menyokong Presiden MCA menyiasat sepenuhnya skandal PKFZ" sebagai usul EGM. Pihak Chua mempertikaikan usul sedemikian kerana menganggap ia tidak berkaitan dengan hal-ehwal dalaman parti, malah hanya strategi Ong untuk menyelamatkan dirinya.
"Tidak mungkin usul sedemikian ditolak...perwakilan tidak mungkin membantah usaha Presiden membanteras rasuah," demikianlah hujah mereka yang melihat cubaan Ong untuk mengikat nasib dirinya pada PKFZ.
Walau bagaimanapun, keputusan kabinet untuk menubuhkan satu pasukan bertugas peringkat tertinggi bagi mengkaji projek PKFZ pada Rabu yang lepas (9 September), menggagalkan segala perancangan, jika ada. Kuasa siasatan telah diambil-alih dari genggaman Menteri Pengangkutan, lantas usul sedemikian kehilangan munasabahnya.
Pada 11 September, Chua membuat kejutan apabila wakilnya menyerahkan 921 tandatangan perwakilan yang menuntut supaya EGM diadakan. Angka ini telah melebihi bilangan yang diperlukan, iaitu 800 (1/3 daripada 2400). Chua mendakwa dirinya memiliki lebih 1200 tandatangan, walaupun daripada 921 yang diserahkan itu, hanya 808 dikesahkan oleh Setiausaha Agung MCA.
1 EGM, 2 MCA?
Yang pasti, EGM bakal diadakan sebelum 11 Oktober 2009, tanpa sesi perbahasan dan penggulungan dalam agendanya. Persoalannya, apakah EGM dengan usul-usul yang tersenarai ini, bakal menyelesaikan pergelutan kuasa dalam MCA?
Senario kini memperlihatkan Ong yang jelas tidak mahu Chua berada dalam barisan pimpinannya. Chua yang tidak senang dengan Ong sebaliknya, mungkin juga berkongsi pendapat yang sama-- barisan pimpinan Ong tanpa Chua, ataupun Chua tanpa Ong.
Namun, sekiranya diteliti usul-usul yang dicadangkan, satu EGM ini mungkin tidak dapat menyelesaikan masalah MCA yang berpecah dua. Ini kerana usul pertama adalah undi tidak percaya terhadap Presiden, di samping usul kedua dan ketiganya ialah memulihkan keahlian dan jawatan Timbalan Presiden Chua Soi Lek.
Bayangkan, seandainya kurang 50% perwakilan yang membuang undi tidak percaya terhadap Ong, dan lebih 50% perwakilan mahu jawatan Chua Soi Lek dipulihkan, maka keadaan akan kembali ke "status quo". Ong perlu menerima keputusan perwakilan untuk terus menerajui pimpinan MCA dengan kehadiran Chua sebagai timbalannya.
Usul: Chua nikmati kelebihan
Namun demikian, sumber maklumat dalam MCA memaklumkan kepada MerdekaReview, bahawa kemungkinan wujudnya senario di atas adalah rendah. Penyokong Ong dan Chua masing-masing menyedari bahawa pemimpin mereka enggan bekerjasama antara satu sama lain. Dengan kata lain, EGM akan berakhir dengan pilih Ong ATAU Chua.
Walau bagaimanapun, seandainya diteliti kelima-lima usul tersebut, Chua (gambar kanan) jelas memiliki kelebihan. Istilah "undi tidak percaya" walaupun konsep yang biasa dalam politik, tetapi tidak memiliki status dalam perlembagaan MCA. Perlembagaan MCA tidak menyatakan bahawa seseorang Presiden wajib meletak jawatan seandainya dibuang undi tidak percaya dengan majoriti mudah (50% + 1 undi).
Namun, presiden yang dibuang undi tidak percaya ini pastinya kehilangan kredibiliti untuk terus memimpin. Ong perlu berdepan dengan sindiran musuh politiknya, sama ada dalam atau luar parti, Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat, sekiranya diaibkan dengan pembuangan undi tidak percaya.
Dengan ini, matlamat Chua akan tercapai dengan jalan yang lebih mudah. Ini kerana menurut perlembagaan MCA, pelucutan sesuatu jawatan dalam MCA memerlukan majoriti 2/3 daripada perwakilan yang hadir. Ringkasnya, Chua kini hanya memerlukan 1/2 + 1 undi untuk mencapai matlamat yang sama.
Apakah Chua akan berjaya, dan Ong akan digulingkan pada September ini, seperti ramalannya sendiri? Jawapannya belum muktamad, memandangkan tempoh satu minggu dikira terlalu panjang dalam politik.
Dari: MerdekaReview
*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Melayu.
Tuesday, September 15, 2009
Krisis MCA: 1 EGM Untuk Selesaikan Parti Yang Berpecah Dua? :- Nizar vs Najib Altantuya
9:21 PM
miaq_kpg
No comments
Aku...
nuff
Followers
Komen Terkini
Categories
- Anti ISA (54)
- DAP (182)
- H1N1 (13)
- HOME (35)
- Israel (1)
- Isu semasa (353)
- Kartika (6)
- Liwat 2 (1)
- Liwat2 (2)
- malaysiakini (1341)
- Manek Urai (155)
- MCA (45)
- Melayu (129)
- MIC (18)
- Muara Tebas (18)
- Najib (1)
- Najib-Altantuya (4)
- PAS (445)
- Perak (184)
- PKFZ (100)
- PKR (180)
- Politik (465)
- PPSMI (22)
- PRK Bagan Pinang (103)
- PRK Hulu Selangor (12)
- PRK Permatang Pasir (93)
- PRK Sibu (2)
- Sarawak (53)
- SPRM (187)
- Teoh (83)
- UMNO (317)
Labels
- Anti ISA (54)
- DAP (182)
- H1N1 (13)
- HOME (35)
- Israel (1)
- Isu semasa (353)
- Kartika (6)
- Liwat 2 (1)
- Liwat2 (2)
- malaysiakini (1341)
- Manek Urai (155)
- MCA (45)
- Melayu (129)
- MIC (18)
- Muara Tebas (18)
- Najib (1)
- Najib-Altantuya (4)
- PAS (445)
- Perak (184)
- PKFZ (100)
- PKR (180)
- Politik (465)
- PPSMI (22)
- PRK Bagan Pinang (103)
- PRK Hulu Selangor (12)
- PRK Permatang Pasir (93)
- PRK Sibu (2)
- Sarawak (53)
- SPRM (187)
- Teoh (83)
- UMNO (317)
0 comments:
Post a Comment